NGO Desak SELCAT Siasat Isu Paya Indah Wetlands

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) hari ini digesa mengadakan sesi pendengaran awam bagi menyiasat secara terperinci berhubung perubahan status tanah Lot 68054, Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat.

Gesaan itu disuarakan Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor yang turut menghantar satu memo bagi mendesak kerajaan negeri telus dalam dasar-dasar yang hendak dilaksanakannya.

“Amat besar harapan kami dan ramai lagi agar SELCAT dapat membuka siasatan terhadap perkara ini dan kami bersedia membantu dengan menampilkan saksi serta orang sumber penting jika diperlukan.

“Kini SELCAT sedang dalam ujian litmusnya. Pimpinan parti-parti yang menerajui kerajaan Selangor sering mengkritik PAC di peringkat Parlimen namun kini rakyat sedang menanti adakah SELCAT juga seperti PAC?,” demikian soal Pengerusinya, Nasiruddin Mohamed ketika ditemui media, di Bangunan SUK, tengah hari tadi.

Terdahulu memo tersebut disampaikan oleh Nasiruddin kepada pegawai Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Joyce Chow pada jam 12.10 tengah hari tadi.

Nasiruddin juga mempersoal kredibiliti Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas dikaitkan dengan tuduhan proksi dalam kontroversi Paya Indah Wetlands.

Proksi tersebut, yang merupakan Ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamad dikesan mempunyai ‘hubungan rapat’ dengan Azmin, melobi perubahan status tanah dalam keadaan menteri besar itu secara sedar meluluskan perubahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat.

“Ini isu integriti yang sangat kritikal kerana empat menteri besar selama 22 tahun menghalang perubahan status tanah tersebut tetapi sebaik sahaja Azmin menjadi MB di awal pentadbiran beliau, tanah ini diluluskan dengan kewujudan seorang yang boleh dikatakan proksinya.

“Dalam mesej (Whatsapp) yang terdedah itu secara jelas individu tersebut mengetahui agenda mesyuarat ‘kabinet negeri’ secara terperinci, siapa yang bocorkan kepadanya dan berapa elaun yang diperolehi hasil kerja melobi tersebut.

“Lebih dikhuatiri apabila keadaan menggambarkan ada kemungkinan dia merupakan proksi Azmin sendiri dalam syarikat pemaju,” ujar Nasiruddin lagi.

Bukan itu sahaja, NGO itu turut menyelar sikap Ahli Jawatankuasa SELCAT, Haniza Talha yang membidas tindakan seorang pegawai exco, Abdul Razak Ismail kerana cuba mendedahkan salah laku pentadbiran negeri.

“Seharusnya sebagai (ahli) SELCAT dia harus menerima aduan dan memproses aduan bukan bertindak menyerang pengadu melalui media. SELCAT seharusnya meminta Haniza meminta maaf secara terbuka atau meletak jawatan dari SELCAT,” tambah Nasiruddin.

Sebelum ini Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard giat membuat pendedahan mengenai salah laku Azmin, berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands.

Chegubard mendakwa kerajaan negeri pimpinan Azmin memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot berkenaan.

Kerajaan negeri melalui Exconya, Elizebeth Wong menafikan dakwaan Chegubard sambil menegaskan lot berkenaan bukan sebahagian daripada Paya Indah Wetlands.

Dalam perkembangan terbaru, Chegubard tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan turut mendakwa Ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamad sebagai proksi Azmin dalam kontroversi Paya Indah Wetlands – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s