Keluarga Melayu Diusir Dari PPR Seksyen 8 Kota Damansara

selAIDCNews – 02/9/16 –Satu keluarga Melayu telah diusir dari kediaman PPR (Program Perumahan Rakyat) Seksyen 8 Kota Damansara, Selangor yang telah sekian lama mereka huni, lapor Sahabat Media Selangor.

Lapornya, kejadian itu menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor sedang meniru kaedah Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana kaum Melayu secara sistematik diusir daripada kediaman mereka.

“Semakin terserlah PKR adalah boneka DAP di Selangor…

“Melalui cakap-cakap dari penduduk Rumah PPR Seksyen 8 Kota Damansara, ramai lagi penghuni rumah PPR akan diusir oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikat milik kerajaan negeri iaitu Perumahan Hartanah Selangor Sdn.Bhd. (PHSSB)..,”lapornya.

Prihatin dengan kejadian itu, ADUN Kota Damansara YB Hajah Halimaton Saadiah bergegas berjumpa keluarga berkenaan dan cuba menyelesaikan masalah berkenaan.

sel1

“ADUN Kota Damansara YB Hajah Halimaton Saadiah bergegas berjumpa penduduk Rumah PPR Seksyen 8 Kota Damansara yang bakal diusir dan beliau turut berjumpa pegawai PHSSB di Pejabat PHSSB yang terletak di Block C untuk bertanya status masalah yang dihadapi oleh penduduk, namun setiap pertanyaan dari ADUN Kota Damansara itu tidak dilayan oleh Pegawai-pegawai yang bertugas…

“Malah mereka mendiamkan diri di dalam pejabat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku…,”lapornya lagi.

Advertisements

One thought on “Keluarga Melayu Diusir Dari PPR Seksyen 8 Kota Damansara

  1. ini persediaan pkr nk rampas kota damansara dari dun BN. ingat lagi kontroversi pru13 lalu. perbalahan pas dan pkr yg wakil nya parti psm (dr nasir) menggunakan lambang mata dajal itu. kalau ini berterusan tidak mustahil dun kota damansara juga akan jatuh ke tangan pkr. ingat kota damansara pun akan jadi seperti shah alam dan bangi. sedikit demi sedikit orang cina dibawa masuk melalui kompleks2 kondominium ‘blue chip’ yg berharga jutaan ringgit.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s