Mahasiswa Tangkap MO1 Akademik Tercicir

anisASSU – Memang benarlah seperti yang diperkatakan bahawa pelajar-pelajar universiti yang terbabit aktif dalam gerakan anti kerajaan mahupun demonstrasi jalanan, malahan yang sememangnya diketahui ‘menyambung pelajaran’ di Sekolah Demokrasi DAP, sebenarnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang bukan sahaja tidak cemerlang, tetapi selayaknya dibuang daripada IPTA tempat mereka menimba ilmu.

Tempat dan biasiswa atau pinjaman tabung pendidikan PTPTN mereka, seharusnya diberikan kepada pelajar-pelajar lain yang lebih cemerlang dalam bidang akademik, memandangkan universiti bermakna akademik walaupun kegiatan bukan akademik juga merupakan ‘pengkhususan sampingan’ tetapi tidak diambil kira sebagai kecemerlangan.

Maka tidak hairanlah juga, mereka ini sangat pandai bercakap kerana cakap-cakap pandai sebenarnya boleh digunakan untuk melindungi masalah mereka dalam bidang akademik.

Ironinya, mereka ini cuba menonjolkan diri sebagai barisan pelapis kepimpinan negara. Mereka giat mempengaruhi orang ramai kononnya sebagai mahasiswa mereka sangat tahu tentang apa yang berlaku, walaupun hakikatnya pointer dan CGPA mereka menunjukkan mereka sebenarnya tidak tahu apa-apa, kecuali sebagai burung kakatua yang mengajuk tanpa faham apa yang dituturkannya.

Dalam Gerakan #TANGKAPMO1, ketuanya yang mendapat pujian besar dan hebat daripada taukeh-taukeh besarnya dalam DAP, Anis Syafikah merupakan contoh terbaik untuk menunjukkan bagaimana pelajar-pelajar yang bolehlah dikatakan sebagai keciciran biarpun kursus yang diambilnya hanyalah linguistik, mudah dipergunakan dan dikeledaikan oleh pihak yang berkepentingan untuk mencari pengaruh Melayu-Bumiputera terutama generasi mudanya.

Amat malang, IPTA yang seharusnya menjadi tempat untuk menyaring dan menternak generasi pelajar yang cemerlang, bertukar menjadi kandang pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk belajar, tetapi menggunakan label sebagai pelajar-pelajar IPTA untuk bergiat dalam bidang politik, bertentangan dengan aspirasi serta maksud sebenar mereka selaku pelajar.

Gerakan pelajar mungkin akan lebih dihormati sekiranya yang terlibat dan terbabit dalam gerakan tersebut terdiri daripada mereka yang cemerlang latarbelakang akademiknya, bukannya sebagai penumpang di dalam IPTA dan mengharapkan ehsan serta kuota Bumiputera yang kemudian mereka cuba nafikan dan pertahankan diri.

IPTA seharusnya menjadi tempat untuk membiakkan kecemerlangan, bukannya dipenuhi dengan pelajar-pelajar seperti Anis Syafiqah dan kawan-kawannya. Mereka seharusnya dikeluarkan daripada mana-mana IPTA agar mereka boleh menyambung pelajaran ke IPTS pula.

Kekosongan yang mereka tinggalkan, membolehkan pelajar-pelajar cemerlang yang tidak dapat tempat di IPTA kerana diisi oleh pelajar-pelajar seperti Anis Syafiqah dan kawan-kawannya.

Tidakkah golongan seperti Anis Syafiqah sedar yang mereka sebenarnya menzalimi dan merampas hak orang lain?

anais1

Advertisements

2 thoughts on “Mahasiswa Tangkap MO1 Akademik Tercicir

  1. patut ptptn bagi surat amaran pada pelajar yang dapat pointer bawah 2.5. sama macam yang dilakukan oleh jpa pada pelajar di jepun pd tahun 90an dulu. sesiapa yg tidak perform akan ditarik biasiswa mereka.
    jadi semua pelajar fokus untuk belajar saja. langsung tak dapat nak huha huha…
    tapi 2.5 tu rendah sangat dik oiiii…malu je. 1.9 tu dah kira gagal..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s