Presiden PAS Nasihat Husam, Berhenti Jual Nama Allahyarham Nik Aziz

AIDCNews – 02/9/16-Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihati ADUN Salor, Datuk Husam Musa agar berhenti daripada terus menjual nama individu yang telah meninggal dunia, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk kepentingan politik peribadinya.

“Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera) di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila hari ini.

Abdul Hadi turut memaklumkan beliau lebih rapat dengan Allahyarham Nik Aziz berbanding Husam.

“Saya lebih rapat daripada Tok Guru daripada dia (Husam)… kalau tidak percaya dengar kaset Tok Guru, apa Tok Guru komen tentang saya. (Hubungan) saya lebih rapat dan lebih lama daripada dia (Husam) lagi,” katanya lagi

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Husam yang mendakwa jika Allahyarham masih hidup, beliau pasti mengikuti jejak langkahnya menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s