Azmin Perlu Jelaskan Hubungannya Dengan Gamuda Berhad

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali digesa menjelaskan apakah hubungannya dengan syarikat pembangunan gergasi, Gamuda Berhad membabitkan kontroversi ubah status lot tanah yang terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.

ADUN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif berkata rakyat Selangor tertanya-tanya bagaimana lot tanah 68054 berjaya diubah statusnya daripada pertanian kepada pembangunan, sebaik sahaja Azmin diangkat menjadi menteri besar.

Lot tanah 68054 itu sejak 22 tahun lalu gagal diubah status tanahnya berikutan ia terletak dalam zon hijau – zon yang dilarang daripada dibangunkan secara komersial, atas alasan keselamatan.

Lot itu dimiliki syarikat swasta, Salak Land Development Sdn Bhd sebelum dijual kepada Gamuda dengan harga RM784 juta.

“Segala tuduhan amat serius, khususnya melibatkan bagaimana sebidang tanah yang empat menteri besar terdahulu tidak luluskan perubahan status tanah pertanian kepada pembangunan kerana ia melibatkan zon hijau, tetapi mengapa ketika Azmin mengambil alih pentadbiran, hal ini boleh berlaku?

“Ia melibatkan perkara yang menjadi tanda tanya, khususnya rakyat Selangor, apakah ia mempunyai kaitan dengan proses penstrukturan semula air yang melibatkan syarikat yang sama?,” soalnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Gamuda memiliki 40 peratus saham dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Justeru Shahrum menyoal adakah Azmin mengadakan rundingan dengan Gamuda bagi membolehkan kerajaan negeri Selangor mengambil alih aset air darpada SPLASH.

“Semua tahu semua tahu bahawa Gamuda Berhad mempunyai tanah di Lot 68054 dan ia juga mempunyai sebanyak 40 peratus perkongsian saham dalam SPLASH, yang sehingga kini urusan penstrukturannya belum dimuktamadkan dengan tempoh yang ditetapkan sehingga September ini,” ujarnya.

Sehingga kini, hanya SPLASH bermain tarik tali dalam isu pengambilhan syarikat konsesi air Selangor, sementara SYABAS, ABBAS dan Puncak Niaga sudahpun menyatakan persetujuan mereka.

Selain isu saham dalam SPLASH, Gamuda juga dikatakan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dalam projek membina rumah mampu milik yang bernilai RM1.3 bilion.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, individu yang bertanggungjawab mendedahkan isu Paya Indah Wetlands ini mendakwa tapak paya itu diubah statusnya daripada pertanian kepada kawasan pembangunan perumahan.

Shahrum kemudian bertanyakan adakah jenis perumahan yang bakal dibina di kawasan itu memandangkan lot 68054 itu dibeli dengan harga ratusan juta ringgit.

“Saya difahamkan tanah di sini bernilai ratusan juta ringgit, maka apakah bentuk perumahan yang dijalankan di kawasan itu?

“Apakah pemaju nak buat projek rumah mampu milik? Saya tidak fikir sebegitu sebab tanahnya pun mencecah tujuh, lapan ratus juta ringgit,” tegasnya lagi.

Bimbang dengan kemusnahan ekosistem di kawasan itu, Shahrum mendesak supaya diadakan siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

Untuk rekod, kontroversi Paya Indah Wetlands ini sudahpun dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 26 Ogos lalu oleh Chegubard – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s