Firma Singapura Beli 200 Hartanah Warisan Pulau Pinang, Usir Penduduk

firmaAIDCNews – 03/9/16 – Sebuah firma hartanah Singapura yang membeli sebahagian besar bangunan warisan di George Town, Pulau Pinang telah merisaukan aktivis warisan dan penduduk tempatan.

Menurut laporan Malaysiakini, daerah yang dibeli itu adalah di Lorong Bertam dan Lebuh Noordin yang terletak di tapak Warisan Dunia George Town.

Seramai 26 penduduk telah diberikan notis pengusiran sejak 24 Ogos lalu, dan diarahkan supaya mengosongkan premis mereka sebelum 30 September ini.

Hock Seong Choon, pemilik kedai kopi Wang Teng Kok merayu lebih banyak masa diberikan supaya beliau boleh mencari tapak alternatif untuk menjalankan perniagaannya.

“Sekurang-kurangnya berikan kita kira-kira enam bulan untuk merancang kehidupan kita, kita hanya diberikan sebulan atau lebih untuk kosongkan kedai,” kata Wang, 65, ketika ditemui di Jalan Penang, di mana kedainya terletak.

“Saya berasa sangat sedih untuk meninggalkan kedai ini kerana lokasinya yang strategik bagi penduduk tempatan dan pelancong, kami juga terkenal kerana mempunyai antara gerai nasi ayam Hainan yang terbaik,” katanya.

“Dengan pengusiran ini, saya jangkakan kerugian sebanyak RM5,000 sebulan untuk diri sendiri manakala sembilan pekerja di sini akan kehilangan pekerjaan mereka,” katanya

Jurucakap Warisan George Town, Mark Lay berkata tanpa mengira penduduk asing atau tempatan, firma itu memaksa banyak keluarga untuk berpindah.

Bercakap pada sidang akhbar di kedai kopi Wang, Lay berkata, sebuah syarikat Singapura – World Class Land – telah membeli 20 buah rumah kedai di Jalan Bertam.

Menurutnya, syarikat yang sama juga membeli enam buah rumah kedai dengan perdagangan komersial di sepanjang Jalan Penang.

“26 unit ini telah dibeli oleh World Class Land di bawah dua syarikat.

“Model dan strategi firma itu adalah untuk membeli, mengusir penyewa, mengubahsuai, membina dan secara drastik meningkatkan kadar sewa di luar kemampuan kebanyakan rakyat tempatan Pulau Pinang,” kata Lay.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s