Rafizi Nafi Pecat Keahlian Chegubard

Surat pemecatan Chegubard ditandatangani Rafizi

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menerusi aplikasi whatsapp dengan seorang bernama ‘Nurul’ mendakwa, tidak tahu menahu Jawatankuasa Disiplin parti memecat keahlian Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Dalam aplikasi itu, Rafizi mempersoalkan kenapa ibu pejabat mengeluarkan surat pemecatan Chegubard tanpa pengetahuan dan arahannya.

“Bukan itu sahaja, setakat yang saya tahu, saya belum dilaporkan surat pemecatan Chegubard telah dikembalikan sepenuhnya. Jadi, saya ingat belum cukuplah walaupun majoriti mudah.

“Lalu saya tanya Nurul kenapa dia buat begitu. Kata Nurul, itu arahan terus dari Presiden (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) supaya mengeluarkan surat atas nama Setiausaha Agung (Rafizi) memecat Chegubard secepat mungkin selepas Biro Politik bermesyuarat Selasa lepas,” kata Rafizi.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga dilaporkan mendakwa, beliau menghantar mesej whatsapp panjang lebar mengenai perkara itu kepada Dr. Wan Azizah memohon pengesahan, di samping mengingatkan kepada presiden itu bahawa Jawatankuasa Disiplin belum habis proses, tetapi kenapa sudah dikeluarkan (surat pemecatan).

Bagaimanapun, menurutnya, sehingga hari ini Dr. Wan Azizah tidak menjawab pertanyaan itu.

“Ini bermakna kenyataan Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh bahawa Chegubard belum dipecat kerana belum dapat Resolusi Pekeliling yang penuh, itu betul.

“Lalu menyebabkan saya pula yang diserang bertalu-talu di Facebook dan lain-lain. Perlukah saya menerangkan kepada media mengenai perkara ini kerana saya dikejar media tanpa henti?” ujar Rafizi.

Pada 26 Ogos lalu, Chegubard dimaklumkan menerusi emel yang keahliannya telah digugurkan dari parti.

Ketika itu, Chegubard yang juga Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berada di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, menyerahkan dokumen bukti penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang ditemui wartawan ketika itu, akur dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin PKR walaupun menyedari tindakan itu tidak mengikut prosedur. – MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s