Sebaik Sahaja Tengok Muka Husam, TGNA Pun Berpaling Ke Arah Lain – Anak Saudara Allahyarham

nik ahmadAIDCNews – 03/9/16 – Anak saudara Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) menafikan kenyataan Datuk Husam Musa (DHM) yang mendakwa jika Allahyarham masih hidup pasti beliau akan mengikut jejaknya menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Membuktikan dakwaan Husam itu tidak benar, Nik Ahmad Mumtaz mendedahkan satu kejadian yang diceritakan oleh ayahandanya, Nik Din Nik Mat (adik TGNA) berkenaan kedatangan Husam ke Masjid Pulau Melaka Kota Bharu, Kelantan untuk berjumpa dengan TGNA.

“DHM datang untuk berjumpa TGNA di Masjid Pulau Melaka, masa itu ayah sedang mengurut TGNA sambil berehat selepas solat (duduk bersila dan pejam mata).

“DHM beri salam (sahaja) hampir 30 minit, lepas itu (apabila) TGNA buka mata, tengok DHM duduk depannya, TGNA pun (segera) berpaling muka menghadap ke arah lain.

“(TGNA) tidak bercakap sampai kesudah (dengan) DHM. Lebih kurang 40 minit dia (DHM) berada di situ, akhirnya DHM angkat kaki (meninggalkan TGNA).

“Jadi boleh bayangkan lah hubungan TGNA dengan DHM di akhir hayatnya, ” dedah Nik Ahmad Mumtaz dalam Facebook.

Menurut Nik Ahmad Mumtaz sikap bapa saudaranya yang tidak mahu melayan Husam membuktikan hubungan mereka pada saat-saat akhir tidak lagi rapat sepertimana yang cuba digambarkan.

“Seperti semua maklum, TGNA kalau dengan orang yang dia rapat, dia memang akan layan sebaik mungkin, sekalipun dia amat penat.

“Jadi jika sebaliknya, boleh faham sendiri lah ya (apa maksudnya),”tambahnya lagi.

nik ahmad mumtaz

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s