“Bapa Saya Suka Buat Masalah” – ADUN DAP Sungai Pinang

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang Lim Siew Khim berkata sejak dulu lagi, bapanya adalah seorang yang suka menimbulkan masalah.

Adun DAP itu berkata, berdepan masalah disebabkan oleh bapanya adalah satu perkara biasa sejak beliau masih kecil.

“Bagi saya, ia seperti saya makan nasi dan minum air,” katanya dalam satu wawancara video dengan China Press yang dimuat naik di laman webnya.

Siew Khim, bagaimanapun, tidak menyatakan jenis masalah yang dicetuskan oleh bapanya.

Wakil rakyat penggal pertama itu diheret dalam kontroversi selepas sebuah klip video yang menunjukkan bapanya, Lim Keat Seong didakwa meminta rasuah untuk membantu orang ramai mendapatkan unit rumah kos rendah di Pulau Pinang menjadi viral di media sosial.

Beliau pada mulanya menafikan mengetahui tentang perkara itu tetapi kemudiannya pada Sabtu ‘menjelaskan’ bahawa beliau pernah menerima panggilan daripada seorang ketua pemuda parti politik lain sekitar tahun lalu mengenai isu ini, tetapi bapanya menafikan sebarang penglibatan apabila ditanya.

Beliau membuat penjelasan itu selepas klip video kedua muncul, menunjukkan paparan skrin perbualan Whatsapp antara seorang perantara dan mangsa.

Perantara itu memberitahu mangsa bahawa dia telah menghubungi Siew Khim dan memberikannya tempoh satu hari untuk menjawab dan meminta bapanya memulangkan semula wang.

Siew Khim mengesahkan dalam video China Press bahawa Liew Yeow Hooi daripada Parti Cinta Malaysia (PCM) telah menghubunginya kira-kira setahun lalu, mendakwa bapanya telah ‘menimbulkan beberapa masalah di luar’.

Bagaimanapun beliau tidak mengambil dakwaan itu sebagai sesuatu yang serius pada masa itu dan memberitahu Yeow Hooi bahawa beliau perlu memeriksa perkara itu terlebih dahulu kerana tidak mahu bersikap berat sebelah.

Beliau juga mengesahkan bahawa lelaki berbaju merah dalam klip video kedua itu adalah Ong Hock Hin, anak lelaki kepada ibu saudaranya.

“Ah Hin (Hock Hin) tahu bahawa bapa saya telah mencetuskan beberapa masalah di luar tetapi tidak memberitahu saya mengenai kejadian itu.

“Saya ingin tanya kepadanya mengapa dia tidak maklumkan kepada saya mengenainya lebih awal sebelum ini,” kata Siew Khim.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau percaya Siew Khim tidak melanggar sebarang undang-undang.

“Kami adalah sebuah kerajaan yang mematuhi undang-undang dan akan terus mengikut undang-undang. Kami tidak bersalah dalam perkara ini,” katanya selepas menghadiri satu majlis di Island Glades, Ahad.

Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan dalam satu kenyataan berkata tindakan Siew Khim yang cuba untuk ‘mencuci tangan’ dalam perkara ini adalah tidak wajar bagi seorang wakil rakyat.

Cheng Guan berkata Siew Khim juga telah menuding jari kepada ahli PCM dan cuba menunjukkan seolah-olah isu ini adalah satu konspirasi terhadap beliau.

“Bagaimana ia boleh menjadi satu konspirasi apabila terdapat bukti video yang jelas menunjukkan bapa dan abangnya terlibat dalam perbincangan bersama bakal pembeli rumah kos rendah?” – Mstar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s