Forum RUU Akta 355 : Peguam LGBT Tunjuk Isyarat Lucah

sitiSHAH ALAM: Wacana membincangkan rang undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bertukar tegang apabila peguam kontroversi, Siti Kasim membidas panelis yang hadir.

Siti, dalam sesi soal jawab, tampil ke mikrofon untuk hadirin lalu menyoal mengapa penganut agama Islam warga Malaysia tertakluk di bawah undang-undang Islam sedangkan Perlembagaan Persekutuan merupakan perundangan tertinggi di negara ini.

“Saya berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi mengapa saya dikawal dan ditentukan oleh orang seperti ini?
“Ini antara saya dan Tuhan.

“Mengapa saya perlu ikut Islam tafsiran kamu?”

“Saya tak kisah sekiranya usul diluluskan, tetapi saya rasa terpaksa (patuh) sebagai Melayu-Islam di Malaysia,” katanya kepada panelis, yang terdiri daripada jemputan PAS, Umno, DAP dan MCA.

Kira-kira 100 peserta yang hadir bingkas membantah nada dan soalan provokasi itu, manakala moderator meminta semua peserta supaya bertenang.

Peguam hak asasi manusia itu bagaimanapun mengangkat jari tengah kepada hadirin sebelum kembali ke kerusinya.

Wacana itu, yang diadakan di Kompleks Media Karangkraf, menampilkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Setiausahas Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw dan Pengerusi Pasukan Bertindak Khas Perlaksanaan Dasar dan Undang-Undang Syariah MCA Gan Ping Sieu.

Takiyuddin, menjawab soalan Siti, berkata peguam itu secara langsung mempertikaikan keperluan individu mematuhi undang-undang ciptaan manusia negara ini.

Beliau beri contoh seorang penganut minum alkohol, yang boleh dihukum di bawah udnang-undang syariah sedia ada.
“Wajarkah saya sebagai orang Islam persoal mengapa saya perlu dikenakan undang-undang itu? Masuk akal tak?

“Saya tak mahu ulas lebih lanjut, tetapi saya mahu beritahu rang undang-undang itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, yang mengatakan bidang kuasa mahkamah syariah hanya boleh dipinda melalui Parlimen.”

Rang undang-undang Akta 355 itu dilihat sebagai laluan untuk PAS melaksanakan hudud.

Parti Islam itu menyangkal dakwaan tersebut berulang kali, berkata pindaan itu sekadar meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah, mengizinkan hukuman lebih keras terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang tertulis dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 – FMT

One thought on “Forum RUU Akta 355 : Peguam LGBT Tunjuk Isyarat Lucah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s