Pemilikan Harta Seorang Lagi Pegawai Khas Azmin Didedah

hilmanMy Nation News – Tersebar di laman sosial serta aplikasi telefon pintar Whatsapp, satu tangkapan layar (print screen) perbualan mendedahkan kononnya mendakwa Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor memiliki harta yang banyak.

Laman menggunakan nama masterdedah.com pertama kali mendedahkan tangkapan layar perbualan Whatsapp ini.

Berdasarkan perbualan yang disebarkan itu, ia dikatakan daripada individu menggunakan nama ‘YB S Manikavasagam’ di dalam satu grup Whatsapp dilabelkan AJK Cabang Kuala Sel.

Kuala Sel dipercayai merujuk kepada Kuala Selangor dan perkataan cabang hanya digunakan oleh parti PKR bagi sesuatu bahagian parti itu.

Berdasarkan kepada tangkapan layar itu, individu dilabelkan sebagai YB S Manikavasagam mendakwa Pegawai Khas MB Selangor memiliki harta bernilai hampir sejuta Ringgit dan mendakwa maklumat itu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Info dari MACC, Pegawai Khas MB Selangor Hilman Idham, 30 tahun, didapati membeli sebuah rumah berharga lebih kurang RM800 ribu di I-City Shah Alam.

“Dan memiliki sebuah kereta Audi berharga RM340 ribu (harga atas jalan) selain beberapa utas jam tangan berjenama Paneral (RM60 ribu) dan Rolex (RM30 ribu),” dakwa individu itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Azmin Ali digesa tampil memberi penjelasan tentang isu ini.

hil2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s