Saman Anwar Terhadap Kerajaan & Akta MKN 2016 Tidak Berperlembagaan

AIDCNews – 05/9/16 – Saman Anwar Ibrahim terhadap kerajaan dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 tidak berperlembagaan kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, kelulusan Rang Undang-undang MKN selaras Perlembagaan Persekutuan kerana ia diluluskan mengikut sistem perlembagaan negara, diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis 2015 dan diluluskan pula Dewan Negara pada 22 Dis 2015 serta diwartakan menjadi undang-undang pada 7 Jun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata berdasarkan Perkara 66 Fasal (3), sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

“Menurut (Perkara 66) Fasal (4A), jika sesuatu rang undang-undang itu tidak diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong dalam masa 30 hari, rang undang-undang itu hendaklah menjadi Undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal 4 mengikut cara sama seolah-oleh ia telah diperkenankan,” katanya dalam kenyataan

Beliau menjelaskan kelulusan Akta MKN bukanlah perkara luar biasa kerana situasi sama pernah berlaku sebelum ini iaitu pada 1983 dan 1992 dalam meluluskan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

“Ini adalah proses biasa bagi negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

“Pindaan terhadap Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan telah dibawa melalui usul oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1 Ogos 1983 di Dewan Rakyat dan telah diluluskan,” katanya.

Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan undang-undang yang dibuat boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

“Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

“Parlimen juga menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil “Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen” kepada Ahli Parlimen.

“Setiap Dewan mempunyai kuasa untuk mengawal selia tatacaranya sendiri, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing yang mana kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah; dan setiap Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau menghina (contempt) di dalam Dewan tersebut,” kenyataan dari laman parlimen.gov.my dipetik.

Anwar Ibrahim hilang status kelayakan sebagai Ahli Parlimen apabila Lembaga Pengampunan telah menolak petisyen Pengampunan Diraja dalam kes liwatnya pada April tahun lalu.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, Anwar yang kini dipenjara di Sungai Buloh telah hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen apabila Lembaga Pengampunan Diraja melupuskan petisyen pengampunannya.

Selaras dengan keputusan itu, Dewan Rayat pada 2 April 2015 memaklumkan bahawa Anwar secara rasmi tidak lagi menjadi salah seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Said.

“Bagi Yang Berhormat Permatang Pauh diputuskan pada 16 Mac lalu bahawa hukuman penjara untuk tempoh lima tahun yang dikenakan kepadanya hendaklah diteruskan.

“Oleh yang demikian Permatang Pauh telah hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen pada 16 Mac iaitu sebaik sahaja petisyen bagi suatu pengampunan itu diputuskan,” katanya.

Kes Anwar menyaman kerajaan dan MKN pada 2016 hampir sama dengan kes samannya terhadap kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2015.

Dalam kes itu Anwar, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, memfailkan saman pemula untuk memohon perisytiharan terhadap haknya untuk mengundi seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin menegaskan Anwar perlu memohon kebenaran daripada Ketua Pengarah Penjara untuk membolehkan beliau pergi ke pusat pengundian dan melaksanakan haknya sebagai pengundi.

“Memandangkan beliau seorang banduan, SPR tidak mempunyai bidang kuasa ke atas banduan. Undang-undang di negara ini menyatakan bahawa mengundi adalah sukarela.

“Individu yang mahu mengundi mesti pergi sendiri ke pusat pengundian dan mendapatkan kertas undi,” kata Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh kepada pemberita selepas hakim menyampaikan keputusannya di dalam kamar.

Amarjeet Singh berkata demikian sebagai mengulas keputusan mahkamah menolak saman pemula Anwar terhadap SPR dan dua pihak lain kerana didakwa menghalang beliau daripada mengundi, dengan kos RM5,000.

Sebelum itu, bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Malaysiakini bahawa status banduan yang dimiliki oleh Anwar tidak melayakkan beliau mengundi berdasarkan Artikel 119 (3) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, SPR sebagai organisasi penjawat awam terikat dengan keputusan Perlembagaan Persekutuan itu.

Pada 2 Ogos lalu Anwar memfailkan saman untuk menghentikan operasi Akta MKN 2016 atas alasan ia adalah tidak berperlembagaan.

Dalam saman pemula yang difailkan melalui peguamnya N Surendran, R. Sivarasa dan Latheefa Koya di pejabat pendaftar sivil Mahkamah Tinggi itu menamakan kerajaan dan MKN sebagai responden.

Anwar, bekas Ketua Pembangkang itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Advertisements

2 thoughts on “Saman Anwar Terhadap Kerajaan & Akta MKN 2016 Tidak Berperlembagaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s