Sokong Anwar, Kotak Pandora Tun Mahathir Mula Terbuka

anwar-tun mAIDCNews – 05/9/16 – Kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa memberi sokongan kepada bekas musuh ketatnya, Anwar Ibrahim telah membuka kotak pandora sikap berpolitik bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur semata-mata untuk memberi sokongan kepada Anwar supaya meneruskan usaha untuk mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN).

Seorang doktor tempatan, Dr Aznil Hisham berpendapat kehadiran Dr Mahathir menyokong Anwar itu membuktikan bekas perdana itu merupakan dalang konspirasi untuk melemahkan kerajaan dan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak termasuk yang terbaharu menggunakan platform asing, iaitu Sarawak Report dan badan kehakiman Amerika (DOJ).

Hanisya Abdul Hamid atau Omak Kau yang menyokong Anwar sejak dari zaman reformasi turut tersentap emosi dengan ‘lakonan’ dua tokoh musuh ketat itu.

“Apakah episod dan adegan ini para pejuang reformasi sanggup dan boleh melupakannya semata-mata Mahathir datang singgah sebentar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur petang tadi tanda solidariti Anwar Ibrahim failkan injuksi????

“Jadi siapa yang berkata benar dan siapa yang menipu akan kisah 1998 ini????

“Mahathir atau DSAI????

“Perlu diberi ingatan bahawa PKR tertubuh kerana peristiwa ini.

“Sejarah tidak pernah menipu dan tidur … rakyat berjiwa merdeka dan berfikiran waras tidak sama sekali mengizinkan diri mereka diperbodohkan,”katanya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga turut kelihatan teruja dengan kehadiran dan sokongan Dr Mahathir itu.

“Beliau (Dr Mahathir) hadir memberikan kata-kata semangat, kita bertolak dari situ,” kata Wan Azizah.

Pertemuan mereka merupakan yang pertama selepas genap 18 tahun dan 3 hari Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Anwar dipecat Dr Mahathir pada 2 September, 1998 selepas dituduh menyalah guna kuasa dan salah laku seks. Pemecatan beliau mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur.

anwarKehadiran Dr Mahathir hari ini ditemani Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, ahli Parlimen PKR Tian Chua, Zuraida Kamaruddin dan Datuk Kamarudin Jaffar, dan bekas naib ketua cawangan Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Turut hadir ialah barisan peguam PKR, N. Surendren dan Latheefa Koya, di samping peguam Melissa Sasidaran, Eric Paulsen dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan.

Dalam pertemuan itu juga Anwar dan Dr Mahathir bersalaman di mahkamah.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menafikan kehadirannya memberi sokongan kepada Anwar itu bermaksud beliau sudah berdamai dengan Ketua Umum PKR.

“Saya berminat dengan kes ini kerana ia membabitkan keselamatan negara. Perkara ini pun ada ditulis dalam blog saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan selama kira-kira 20 minit itu di bilik saksi, Dr Mahathir berkata, beliau dan Anwar hanya membincangkan mengenai kes itu dan bukan berkaitan hal lain.

One thought on “Sokong Anwar, Kotak Pandora Tun Mahathir Mula Terbuka

  1. Sampai kiamat pun saya tidak akan percaya lagi pada dua makhluk ini, kerana kedua-duanya 2×5 saja.HIPOKRIT. tahap tinggi..Seorang kononnya menenentang rasuah,tapi beliaulah pembiak kronisma dan nepotisma paling rancak semasa ,seorang lagi berpura-pura alim ,tapi beliau lah pengamal seks luar tabii yg sangat jelik.malah yg menjadi magsa adalah orang yg sangat patut beliau lindungi.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s