1MDB: Pemohon Tiada Locus Standi, Remeh & Menyusahkan Mahkamah

Muhammad-Zahid-Md-Arip_1mdb_law
Muhammad Zahid Md Arip, aktivis PERKASA pemohon semakan kehakiman berkaitan 1MDB
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 18 Nov depan untuk pendengaran bagi permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh Muhammad Zahid Md Arip terhadap keputusan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan Laporan Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah menetapkan tarikh itu selepas pihak responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan membangkitkan bantahan awal dengan alasan permohonan itu remeh dan menyusahkan mahkamah.

Suzana, mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Audit Negara dan Kerajaan Malaysia selaku responden.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan Irzan Iswatt Mohd Noor yang bertindak bagi pihak Muhammad Zahid.

Suzana yang ditemui pemberita berkata permohonan Muhammad Zahid itu tidak membuktikan beliau mempunyai locus standi untuk memfailkan semakan kehakiman itu kerana tidak mempunyai kedudukan yang sah di sisi undang-undang.

“Mahkamah juga mengarahkan kedua-dua pihak untuk memfailkan hujahan bertulis berhubung permohonan kebenaran semakan kehakiman ini,” katanya di sini hari ini.

Pada 5 Ogos lalu, Muhammad Zahid memfailkan permohonan semakan ex-parte (sebelah pihak) berkenaan melalui Tetuan Haniff Khatri di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi.

Dalam penyataan tuntutannya, anggota UMNO seumur hidup cawangan Sungai Udang, Melaka itu memohon perintah membatalkan keputusan responden yang memutuskan untuk tidak mengubah status laporan itu walaupun selepas Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB dibentangkan di Parlimen pada 7 April lalu.

Pemohon turut menuntut perintah membatalkan keputusan responden yang menyerahkan kepada PAC untuk membuat keputusan sama ada untuk mengubah status laporan itu dan membentangkan kepada Dewan Rakyat.

Turut dimohon ialah perintah bagi mewajibkan responden dengan serta merta mengemukakan Laporan Akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB kepada pihak berwajib – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s