DOJ Sendiri Nasihat Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Tun M

Ramesh-Rao-2Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) didakwa pernah menasihati pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan tegas ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kumpulannya kerana berterusan membuat dakwaan palsu.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, apa yang berlaku menunjukkan dakwaan Tun M dan sahabatnya tidak benar sama sekali termasuk kononnya DOJ akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ia adalah tidak benar seperti yang dimaklumkan oleh DOJ sendiri melalui Peguam Negara AS, Loretta Lynch bahawa Najib tidak disiasat dalam kes 1MDB. DOJ juga sudah memaklumkan bahawa siasatan itu juga tiada kaitan dengan apa-apa siasatan jenayah ke atas Najib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ramesh, DOJ sendiri berasa kurang senang dengan pihak yang sengaja menuduh mereka kononnya akan memanggil dan mendakwa Najib dalam kes itu.

“Selagi tiada tindakan tegas diambil ke atas Mahathir dan orang-orangnya, mereka akan terus membuat tuduhan dan dakwaan biarpun tidak ada asas atau fakta,” katanya.

Menurut Ramesh, Mahathir menggunakan saman sivil berkenaan yang dikatakan ada individu tertentu sudah menyeleweng dana 1MDB untuk membiayai perkara-perkara tertentu untuk memburukkan nama Najib dan BN di mata dunia.

“Di dalam saman sivil berkenaan nama Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan tidak disebut langsung oleh pihak DOJ.

“Dalam kes yang sama, 1MDB sendiri tidak pernah pun membuat laporan atau aduan bahawa ada wang mereka sudah hilang akibat penyelewengan,” katanya.

Tambahan lagi, 1MDB juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tiada sebarang aset di AS.–MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s