Saman Anwar Terhadap Kerajaan & Akta MKN 2016 Tidak Berperlembagaan II

bebas-anwarAIDCNews – 06/9/16 – Dalam bahagian pertama, laman ini mendedahkan bahawa saman Anwar Ibrahim terhadap kerajaan dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 tidak berpelembagaan malah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana ia dilakukan melalui pintu belakang.

Sistem pemerintahan Malaysia ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan dengan pengasingan tiga doktrin kuasa iaitu badan perundangan (legislative), badan eksekutif (executive) dan badan kehakiman (judicial).

Anwar memilih kaedah badan kehakiman, sedangkan badan itu hanya berfungsi untuk menafsir undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara).

Pemilihan Anwar terhadap kaedah kehakiman itu disebabkan beliau hilang status sebagai ahli parlimen kerana dihukum penjara selama 5 tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sepatutnya, Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri atau Ahli Parlimen pembangkang lain yang menfailkan saman pemula terhadap kerajaan dan Akta MKN 2016 itu kerana Anwar kini tidak mempunyai locus standi kerana berstatus banduan.

Apabila Anwar yang berstatus banduan ditampilkan memfailkan saman pemula itu, ia boleh dianggap sebagai usaha yang tidak serius, remeh dan satu percubaan pembangkang untuk membentuk persepsi demik kepentingan politik mereka dengan menyusahkan institusi mahkamah.

Selanjutnya sila baca “Saman Anwar Terhadap Kerajaan & Akta MKN 2016 Tidak Berperlembagaan

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 Oktober ini untuk mendengar hujahan lanjut bagi permohonan Anwar Ibrahim untuk mendapatkan perintah injuksi sementara bagi menangguhkan pelaksanaan Akta MKN 2016.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar bantahan awal Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh yang mewakili kerajaan Malaysia dan MKN berkata bahawa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan permohonan Anwar.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam N. Surendran dan Latheefa Koya yang bertindak bagi pihak Anwar.

“Permohonan itu mempersoalkan kuasa Parlimen untuk menggubal undang-undang dan budi bicara untuk mendengar permohonan berkenaan adalah bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan,” kata Amarjeet.

Beliau berkata mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak supaya memfailkan hujahan bertulis bagi permohonan berkenaan.

Dalam bahagian kedua ini, laman ini mengupas sejauhmanakah kekuatan hujah Anwar di atas premis saman pemula terhadap kerajaan dan Akta MKN 2016 itu.

Pada 2 Ogos lalu, Anwar melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany, milik Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Kerajaan Malaysia dan MKN masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam permohonan itu Anwar, 68, mendakwa Akta MKN 2016 tidak berperlembagaan dan tidak sah kerana kerana ia dikuatkuasakan menurut Fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan dan bukannya mengikut Fasal 149 Perlembagaan Persekutuan.

“Kuasa Parlimen untuk menggubal undang-undang keselamatan adalah terhad kepada Fasal 149 Perlembagaan Persekutuan.

Akta MKN 2016 tidak digubal mengikut Fasal 149 maka ia tidak berperlembagaan dan tidak sah,” katanya.

Fasal 66 Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan penjalanan kuasa perundangan dan fasal 66 (4 dan 4A) secara jelas menyebut;

(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada Rang Undang-Undang itu.

(4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.

Perkara 149 pula berkaitan dengan perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

Hujah Anwar itu dianggap mengelirukan dan remeh kerana tidak mengiktiraf pindaan Perlembagaan Persekutuan termasuk pada tahun 1983, 1984, 1992 dan 1994, ketika itu beliau sendiri merupakan salah seorang pengubal undang-undang dalam kerajaan yang pernah menjawat pelbagai jawatan termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982 – 1983), Menteri Belia dan Sukan (1983-1985), Menteri Pertanian (1985-1986), Menteri Pendidikan (1986-1990), Menteri Kewangan (1990-1998) dan Timbalan Perdana Menteri (1993-1998).

Kesimpulannya, hujah Anwar lemah dan tidak berasaskan kepada fakta, sebaliknya ia hanya berasaskan andaian dan pendapat peribadi semata-mata.

Akta MKN 2016 diluluskan mengikut proses berpelembagaan iaitu diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 dan Dewan Negara pada 22 Disember 2015 serta diwartakan menjadi undang-undang pada 7 Jun lalu.

Pada 3 Disember 2015, Rang Undang-Undang (RUU) MKN diluluskan Dewan Rakyat dengan undian belah bahagi yang menyaksikan 107 Ahli Parlimen bersetuju dan 74 lagi menolak.

Manakala pada 22 Disember 2015, RUU MKN diluluskan tanpa pindaan oleh Dewan Negara.

“Pembentukan RUU MKN ini telah melalui proses yang teratur dan mengikut sistem perundangan dan sistem Perlembagaan yang ada di negara ini.

“Pertamanya, jemaah menteri yang bersidang pada 27 November 2015 telah bersetuju supaya RUU MKN digubal dan dibentangkan di Parlimen. Dengan itu, RUU ini telah dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 dan diluluskan. Begitu juga Dewan Negara telah meluluskannya pada 25 Disember 2015.

“Di bawah sistem Perlembagaan kita sekarang, RUU yang dibahas dan diluluskan oleh kedua-dua dewan tersebut adalah sah menjadi undang-undang,” kata Setiausaha MKN, Datuk Seri Alias Ahmad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga seorang peguam, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan RUU MKN diluluskan Parlimen selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Menurut Perkara 66 Fasal (3) sesuatu Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen (Dewan Rakyat) maka Rang Undang-Undang itu perlu dibawa ke Majlis Parlimen satu lagi iaitu Dewan Negara untuk diluluskan. Kemudian hendaklah dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk di perkenan olehnya.

“Menurut Fasal (4A) jika sesuatu Rang Undang-Undang itu tidak diperkenankan oleh YDPA dalam masa 30 hari, Rang Undang-undang itu hendaklah menjadi Undang-Undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal 4 mengikut cara sama seolah-olah ia telah diperkenankan.

“Ini adalah proses biasa bagi negara kita yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Pindaan terhadap Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan ini telah dibawa melalui usul oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahahthir Mohamad pada 1 Ogos 1983 di Dewan Rakyat dan telah diluluskan,”katanya.

Perkara ini turut diakui oleh Dr Mahathir sendiri pada 25 Ogos lalu yang meminta maaf di atas tindakannya pada 1993 meminda Perlembagaan Malaysia supaya perkenan raja-raja tidak lagi diperlukan dalam mewartakan sesebuah undang-undang yang diluluskan Parlimen.

“Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza,” kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan terbaru blognya.

One thought on “Saman Anwar Terhadap Kerajaan & Akta MKN 2016 Tidak Berperlembagaan II

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s