Guan Eng Didesak Jelaskan Sebab Sebenar BUCG Digugurkan Daripada Projek Terowong Dasar Laut

AIDCNews – 07/9/16 –Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP didesak menjelaskan sebab sebenar Beijing Urban Construction Group (BUCG) digugurkan daripada projek pembinaan terowong dasar laut dan tiga jalan utama di negeri itu.

Pemangku ketua pemudanya Jason Loo berkata pada 2013, Ketua Menteri Lim Guan Eng begitu menyanjungi BUCG yang membina Stadium Olimpik 2008 dan kekukuhan BUCG satu daripada faktor menyebabkan projek mega itu diberikan kepada CZBUCG (Consortium Zenith BUCG).

Namun tiga tahun kemudian, Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan untuk mengeluarkan BUCG daripada projek terbabit.

 Ketua Biro Pengaduan Awam dan Undang-Undang Gerakan Negeri, Jason Loo (kiri) menunjukkan kronologi projek terowong ketika sidang media projek terowong bawah laut di Ibu Pejabat Gerakan negeri, Jalan Macalister, Georgetown, semalam. STR/SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL
Ketua Biro Pengaduan Awam dan Undang-Undang Gerakan Negeri, Jason Loo (kiri) menunjukkan kronologi projek terowong ketika sidang media projek terowong bawah laut di Ibu Pejabat Gerakan negeri, Jalan Macalister, Georgetown

“Pada 14 Jun lalu, BUCG yang bertanggungjawab bagi projek berkenaan menyatakan kajian kebolehlaksanaan terhadap projek yang sudah siap hampir 83 peratus itu akan dihentikan, sebelum perkara itu dinafikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

“Justeru, sekarang kita mahu kerajaan negeri jelaskan status terkini kajian berkenaan selepas BUCG dikeluarkan daripada projek terbabit,” katanya pada sidang media di Pejabat GERAKAN di Jalan Macalister, hari ini.

“Beliau berkata, jawapan diberikan kerajaan negeri berhubung isu projek terowong dasar laut sering dipusing-pusing seperti membuat pusingan U.

“Kini, BUCG secara rasminya dikeluarkan daripada kajian kebolehlaksanaan projek mega bernilai hampir RM6.3 bilion ini. Justeru, kita mahu tahu siapa pula yang akan bertanggungjawab mengambil alih projek berkenaan.

“Adakah kerajaan negeri sekali lagi akan membuat pusingan U dengan menyatakan syarikat berkenaan tidak dikeluarkan daripada projek ini,” katanya.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan kerajaan negeri sudah mengeluarkan BUCG daripada projek terbabit berikutan kejadian nahas kren yang meragut nyawa seorang wanita berasal dari Pulau Pinang, di Kuala Lumpur pada 25 Ogos lalu turut membabitkan syarikat berkenaan.

Turut dilaporkan, Guan Eng tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan syarikat itu beroperasi di negeri ini disebabkan keengganan mereka bertanggungjawab ke atas kemalangan itu.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Azizi Safar, melontarkan 4 persoalan selepas ketiadaan BUCG daripada projek berkenaan.

1. Kenapa perlu Kerajaan Negeri menandatangani atau menganugerahkan kontrak kepada Konsortium Zenith-BUCG sekiranya sudah dikenalpasti dari awal China Railway Construction Corporation Limited yang akan bertindak sebagai kontraktor utama projek?

2. Apakah peranan sebenar Konsortium Zenith-BUCG dalam projek ini jika CRCC yang sebenarnya bertanggungjawab membina jalan-jalan utama dan terowong bawah dasar laut tersebut? Kenapa Kerajaan Negeri sebelum ini tidak melantik secara terus CRCC sebagai kontraktor tanpa perantaraan Konsortium Zenith-BUCG ? (Menurut sumber, kos yang ditawarkan CRCC untuk melaksanakan projek ini hanyalah berjumlah RM4.8 billion sahaja)

3. Bagaimana pula dengan tanah tambakan laut yang telah diberimilikan kepada konsortium Zenith-BUCG oleh Kerajaan Negeri sebagai “partial payments” untuk kerja-kerja kajian kebolehlaksanaan, dan rekabentuk terperinci yang telah dibuat?

4. Bagaimana pula dengan kedudukan baki bayaran-bayaran yang perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri kepada Konsortium Zenith-BUCG?

Justeru itu Azizi berpendapat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP sebenarnya tidak berminat untuk meneruskan projek terowong dasar laut dan projek itu sengaja dipublisiti untuk tujuan tertentu sahaja.

“Pada pandangan saya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang (baca Lim Guan Eng) sebenarnya tidak berhasrat untuk melaksanakan projek terowong bawah dasar laut ini. Ia hanyalah satu helah untuk menganugerahkan tanah milik rakyat Pulau Pinang kepada syarikat kroni beliau saja.

“Pandangan ini berdasarkan kepada cadangan mutakhir oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina jambatan ketiga di jajaran yang sama dengan cadangan jajaran terowong menghubungkan Bagan Ajam dan Persiaran Gurney. Malahan pihak Kerajaan Negeri juga dilaporkan berkata akan menganugerahkan projek Jambatan ke-3 itu kepada syarikat yang sama dilantik untuk projek jalan-jalan utama dan Terowong bawah dasar laut.

“Ini memberi gambaran Kerajaan Negeri sebenarnya tidak serius untuk melaksanakan projek terowong bawah dasar laut setelah 83% kajian kebolehlaksanaan siap dijalankan,”katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s