PAN Rasa Dikhianti, PKR Runding Secara Gelap Dengan PAS

pan-pasBnbbc – Akar umbi Parti Amanah Negara (PAN) menuduh sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR mengkhianati mereka apabila mengadakan rundingan secara senyap-senyap dengan PAS berhubung pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Perkara tersebut didedahkan oleh Naib Ketua PAN Sepang, Abdul Halim Mohd Sharif yang bingung dengan maklumat baharu diperoleh mereka berhubung isu tersebut dan kesal dengan tindakan PKR yang membelakangkan perjanjian bersama dalam Pakatan Harapan.

“Kami mewakili ahli akar umbi PAN, mendapat maklumat bahawa sekarang ini sedang berlaku rundingan di antara PKR dan PAS dalam menentukan kedudukan kerusi-kerusi bagi PRU14 akan datang.

“Kami tidak peduli jika perbincangan ini hanya melibatkan kedua-dua parti tersebut. Tetapi sekarang ini, kami telah mendapat maklumat khususnya di Selangor, PAS dengan sengaja telah menghantar PKR untuk berunding dengan PAN bagi pihak PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Selasa.

Abdul Halim berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri sekiranya perkara ini benar-benar berlaku kerana PKR dilihat telah membelakangkan perjanjian dalam Pakatan Harapan.

Sidang media itu turut dihadiri kira-kira sepuluh akar umbi PAN yang lain.

Ini bukan kali pertama PAN dikhianati oleh PKR, semasa dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar mereka juga dipermainkan oleh PKR yang berunding dengan PAS dalam menentukan kerusi yang akan mereka tandingi.

Malahan, semasa di Sungai Besar, jentera PKR juga tidak turun membantu PAN dalam berkempen semasa pilihan raya tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s