Azmin Perlu Benarkan SELCAT Siasat Jika Mahu Bersih Dari Skandal

Bnbbc – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyokong Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) untuk menyiasat dakwaan salah laku membabitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia bertujuan bagi membersihkan kembali nama Menteri Besar Selangor tersebut yang kini terpalit dengan pelbagai spekulasi.

Bagaimanapun, ia terserah kepada Azmin sama ada berani untuk disiasat ataupun tidak.

“Pelaksanaan ketelusan dan tanggungjawab saya lihat agak lemah sedikit, cuma kalau tak ada benda yang nak disorokkan, buat apa kita nak takut? Sebab rakyat sekarang dah boleh menilai sebab mereka ada ilmu.

“Kalau betul betullah kalau tidak tidaklah,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Khamis.

SELCAT sebelum ini didesak menyiasat status tanah Projek Paya Indah Wetlands.

Pengerusi Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor, Nasiruddin Mohamed, berkata jika SELCAT dapat membuka siasatan terhadap isu berkenaan, pihaknya bersedia membantu dengan menampilkan saksi jika diperlukan.

“Saya memang sokong kalau sellcat nak siasat beliau, pada saya mudah..tak ada benda yang nak disorok, pentadbiran negara kita pun berasaskan undag-undang negara,” ujar Khalid.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s