Mansuh Diskaun 10% Bumiputera Di Selangor Beri Implikasi Besar Terhadap Perkara 152 & 153 Perlembagaan Persekutuan – Rektor ICYM

AIDCNews – 08/9/16 – Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memansuhkan diskaun 10% untuk Bumiputera bagi pembelian pangsapuri jenis SOHO dan SOVO di negeri itu bakal memberi implikasi besar terhadap polisi hak-hak keistimewaan Melayu-Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia, kata Ketua Eksekutif dan Rektor Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), Datuk Saroni Judi.

Menurutnya keputusan drastik Kerajaan Selangor pimpinan Azmin akan membuka ruang semua polisi hak keistimewaan Melayu-Bumiputera yang dipraktikkan dalam Perlembagaan Malaysia akan turut dipertikai.

“Saya ingin mencadangkan supaya apa-apa sahaja telah diberikan (hak keistimewaan Bumiputera) jangan diusik. Teruskan dengan pemberian yang ada. Kita (sepatutnya) membuat polisi yang lain, (iaitu) penambahbaikkan tetapi bukan menarik apa-apa yang telah diberikan kepada mana-mana kaum,”katanya kepada Buletin Utama TV3.

Tambah Saroni, walaupun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, namun tindakan beliau memansuhkan diskaun 10% untuk Bumiputera membuktikan DAP lebih dominan dalam pentadbiran di negeri itu.

“Kalau kita lihat, walaupun YAB Datuk Seri Azmin sebagai Menteri Besar, tetapi kerusi terbanyak di Negeri Selangor ini dimiliki oleh DAP.

“Jadi, mahu tidak mahu, DAP lah yang memainkan peranan dalam mencorakkan polisi dan kita tahu DAP itu adalah satu parti rasis, yang daripada dahulu mengamalkan Malaysian Malaysia.

“Kini kita nampak satu persatu polisi yang dilaksanakan di Selangor ini memang tidak lari daripada konsep pembawakan DAP daripada dulu, kini dan selamanya yang mahu menghapuskan (hak) keistimewaan orang-orang Melayu-Bumiputera,”katanya.

Penghapusan 10% Diskaun Bumiputera : Azmin Pelaksana Agenda DAP Di Selangor -KUSEL

Mansuh Diskaun 10 % Bumiputera : Jangan Ikut Telunjuk Bukan Islam-Dewan Ulamak PAS

One thought on “Mansuh Diskaun 10% Bumiputera Di Selangor Beri Implikasi Besar Terhadap Perkara 152 & 153 Perlembagaan Persekutuan – Rektor ICYM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s