‘Perdamaian’ Anwar-Mahathir Lemahkan Sokongan Melayu Kepada Pembangkang

SHAH ALAM: Penganalisis politik meramalkan ‘hubungan baik’ yang kembali terjalin antara Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal melemahkan lagi sokongan orang Melayu kepada pembangkang.

Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid berkata demikian, ekoran melihat kepada penyokong anti-Mahathir terutamanya dalam PKR yang tidak ‘gembira’ dengan keadaan tersebut.

“Tindakan yang dilakukan (Tun) Mahathir dan (Tan Sri) Muhyiddin saya rasa adalah silap, sekiranya ianya cuba untuk melupakan apa yang berlaku bagi menarik sokongan PKR dan DAP. Kalau betul-betul nak menarik sokongan Melayu secara mutlak kena bincang balik kedudukan selepas PRU.

“Kalau mereka buat begini, orang Melayu sendiri pun tidak boleh menerima maka sokongan yang diterima akan kecil, dan gagal untuk mendapat dominasi yang besar,” katanya kepada Antarapos.

Malah katanya, tidak mungkin penyokong kuat bekas ketua pembangkang itu boleh melupakan serta merta kekejaman yang pernah dilakukan bekas perdana menteri itu terhadap Anwar pada tahun 1998.

“Saya rasa tindakan ini tidak akan menarik sokongan ramai sebab masyarakat sudah nampak, dulu Mahathir sendiri yang memperlakukan (memenjarakan) Anwar, siapa yang mula-mula bertindak terhadap (Datuk Seri) Anwar, Mahathir.

“Masyarakat masih ingat, seolah nampak sangat demi kepentingan dia dan suatu hari nanti bila sudah berjaya (jatuhkan BN) maka dia akan menolak semula kenyataan itu. Ini mungkin boleh berlaku,” jelas beliau.

Terbaru Muhyiddin dalam satu program malam tadi menyatakan sokongannya terhadap pembebasan Anwar malah berikrar akan menjadikan ia agenda perjuangannya.

Sebelum itu, Mahathir membuat kejutan apabila berjumpa Anwar untuk kali pertama dalam tempoh 18 tahun selepas memecat beliau daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998.

Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno turut menuduh Mahathir sebagai dalang di sebalik hukuman enam tahun yang dijalani beliau atas tuduhan sodomi.

Malah penyokong tegar Anwar dalam PKR mendesak parti itu waspada dalam menjalin kerjasama dengan Mahathir kerana beliau dikatakan masih enggan mengaku pernah menzalimi terhadap Anwar kerana rakus kuasa.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan sodomi kali kedua, melibatkan bekas pembantunya.

Mohd Noor juga tidak menolak tindakan drastik Mahathir dan Muhyiddin ini ibarat langkah menyelamatkan diri daripada lemas dalam badai politik.

“Dalam politik hari ini musuh, dan esok menjadi kawan. Kadang-kadang seperti orang yang berada dalam keadaan lemas perlukan pertolongan, dia akan mengambil apa sahaja yang boleh dijadikan bantuan pelampung, nampak apa sahaja yang terapung dia akan cuba memegangnya. Itu yang saya nampak,” katanya lagi –AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s