Teka Teki Di Sebalik Khairuddin Tibai Ibrahim Ali

AIDCNews – 11/9/16 –Ramai pemerhati politik sedang melihat apa mesej sebenar di sebalik Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menibai Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang secara tiba-tiba mempersoalkan hala tuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menemui Anwar Ibrahim, Isnin lalu.

Ini kerana kedua-dua tokoh itu sebelum ini memperlihatkan diri mereka sangat anti-Anwar, di mana Khairuddin pernah mendakwa menjadi penerbit buku ’50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh menjadi PM’, buku yang diterbitkan sekitar tahun 1998 dikatakan menjadi punca Anwar kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, manakala Ibrahim pula menubuhkan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di bawah PERKASA yang diketuai oleh Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md. Arip.

Khairuddin mendakwa dirinya merupakan penyokong setia Dr Mahathir, manakala PERKASA pula merupakan sebuah NGO yang dinaungi juga oleh Dr Mahathir.

Namun, selepas pertemuan semula Dr Mahathir dengan Anwar pada Isnin lalu, Khairuddin secara tiba-tiba membuat sensasi dengan menibai Ibrahim yang didakwa kononnya tidak bersetuju dengan pertemuan kedua tokoh itu.

“Apa yang Ibrahim Ali tak puas hati sangat? Apa sebenarnya yang dia nak tahu? Saya ingin ingatkan Ibrahim Ali jangan terlalu emosional. Dia ni kadang-kala manusia ego,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin berkata demikian sebagai membidas kenyataan Ibrahim Jumaat lalu yang ragu-ragu dengan hala tuju parti PPBM selepas ini khususnya berkaitan dengan DAP.

Ibrahim berkata apakah selepas ini PPBM akan menyertai Pakatan Harapan dan tunduk kepada DAP.

“Atau adakah mereka hanya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan? Jika mereka adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan, bermakna mereka akan bersama DAP,” kata Ibrahim.

Khairuddin membalas ‘ketakutan’ Ibrahim itu dengan mendakwa DAP tidak perlu ditakuti kerana parti itu tidak pernah mahu menghapuskan hak Melayu-Bumiputera di negara ini.

“DAP tidak ‘chauvinist’ kerana keahliannya juga terbuka pada melayu dan bumiputera. Seumur hidup saya, tak pernah pun dengar DAP suruh hapuskan hak istimewa Melayu,” bidas khairuddin.

Pada Jumaat, Pengerusi PPBM, Dr Mahathir berkata, jika beliau boleh bekerjasama dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang , kenapa beliau tidak boleh bekerjasama dengan Anwar.

“Kita harap dan berusaha agar semua parti-parti lawan akan bekerjasama dalam satu pakatan supaya tidak ada saingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang.

“Kalau saya boleh bekerjasama dengan Lim Kit Siang kenapa saya tak boleh kerjasama dengan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya kepada pemberita selepas hadir di pejabat Pendaftar Pertubuhan (Ros) pada Jumaat.

Dr Mahathir berkata, apabila sesebuah parti pembangkang bertanding secara berasingan dan membiarkan berlakunya pertandingan tiga penjuru, tindakan itu sama seperti mereka berjuang untuk kemenangan Barisan Nasional (BN).

Katanya, sejak 59 tahun lalu parti-parti yang menentang kerajaan dan tidak bekerjasama sesama mereka akan kalah dalam pilihan raya.

“Samalah kalau ada parti yang tak nak bergabung, mereka sebenarnya berjuang untuk BN, untuk menentukan BN kekal sebagai kerajaan Malaysia.

“Dan ia terpakai kepada semua parti pembangkang termasuklah PAS,” katanya.

One thought on “Teka Teki Di Sebalik Khairuddin Tibai Ibrahim Ali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s