Teka Teki Langkah Presiden PERKASA, Ibrahim Ali

astroAIDCNews – 11/9/16 –Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali diramalkan bakal menarik balik sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ramalan itu dibuat oleh blogger pro Dr Mahathir, Shahbudin Husin yang mendakwa Ibrahim dijangka akan menyertai semula pasukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Dengan kecenderungan ini, apakah Ibrahim sebenarnya sudah mempamerkan tanda-tanda akan meninggalkan Tun Mahathir dan bakal bersama-sama dengan Najib untuk memusuhi bekas Perdana Menteri itu?,” soal Shahbudin dalam artikel bertajuk “Apakah Ibrahim Ali bakal meninggalkan Tun Mahathir ?

Blogger pro Dr Mahathir membuat ramalan itu berdasarkan kenyataan terbaharu Ibrahim yang mempertikaikan hala tuju PPBM.

Ibrahim dilaporkan berkata kesanggupan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dengan DAP dan Anwar Ibrahim nyata menimbulkan seribu satu tanda tanya.

“Ramai mahu tahu apakah PPBM ini agendanya betul-betul perjuangan untuk Melayu dan Islam.

“Atau pun mereka akan jadi sebahagian daripada Pakatan Harapan? Kalau sebahagian daripada Pakatan Harapan bererti bersama dengan DAP,” kata Ibrahim ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Ibrahim turut menggesa PPBM supaya menyatakan pendirian sama ada mereka berperanan untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan.

Tegas beliau, perkara itu perlu dijelaskan kepada rakyat kerana sebelum ini PAS bertindak keluar daripada gabungan pembangkang kerana wujudnya krisis dengan DAP.

“Kalau PPBM bersama dengan DAP, ini menjadi tanda tanya bagi orang Melayu,” ujarnya.

Blogger Shahbudin hairan dengan perubahan sikap Ibrahim mutakhir ini, sedangkan beliau sebelum ini banyak terhutang budi dengan Dr Mahathir.

“Ibrahim bukan saja antara yang paling lantang menyebelahi Tun Mahathir ketika kes pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, malah sebagai tanda keakraban, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga sedia menjadi Penaung Kehomat Perkasa yang ditubuhkan oleh bekas Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut.

“Dalam pilihanraya 2013, setelah namanya tidak dipilih untuk bertanding atas tiket BN, dikhabarkan Tun Mahathirlah yang membantunya dengan menelefon Najib untuk memasukkan semula nama Ibrahim sebagai calon.

“Calon BN yang telah diumumkan bertanding di Pasir Mas ketika itu, Johan Che Pa akhirnya tidak mengemukakan kertas pencalonannya dan dengan yang demikian, dapatlah Ibrahim bertanding atas tiket Bebas tetapi disokong oleh BN,”dedahnya.

PERKASA dan PPBM juga sebelum ini dilihat sinonim berdasarkan perkataan ‘pribumi’.

“Melalui Perkasa yang menjadi kenderaan perjuangannya, dalam banyak isu melibatkan kepentingan Melayu dan Bumiputera, Ibrahim kerap sekali berganding bahu dengan Tun Mahathir. Suara dan hatinya bukan saja senada dan seirama, malah tidak pernah Ibrahim berbeza pendapat dengan Tun Mahathir.

“Dalam sebuah majlis makan malam tidak lama sebelum ini, Ibrahim ada menyebut, hubungan beliau dengan Tun Mahathir adalah kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

“Orang mungkin nampak saya mempergunakan Tun Mahathir, tetapi sebenarnya Tun Mahathir pun mempergunakan saya dan Perkasa juga, kata Ibrahim dengan ketawa berdekah-dekah yang tidak asing lagi bagi mereka yang rapat dengannya.

“Apabila timbul ura-ura Tun Mahathir mahu menubuhkan parti baru, Ibrahim diperkatakan antara orang yang akan bersama dengan rancangan itu. Malah dihebohkan juga bahawa sebahagian besar ahli Perkasa akan turut menyertai parti baru tersebut.

“Dikhabarkan, jawatan tertentu juga sudah disediakan untuk Ibrahim apabila parti itu diluluskan. Dalam beberapa kenyataannya pula, Ibrahim sendiri kerap memberi gambaran tidak setujunya dengan kerajaan, sambil mengatakan bahawa hayat UMNO akan berakhir dalam PRU 14 akan datang ini.

“Ibarat mendung tapi hujan tak jadi, tentunya ramai yang terkejut apabila Ibrahim tiba-tiba mempersoalkan hala tuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM dalam perjuangannya untuk memperkasa agenda Melayu dan Bumiputera,”dedahnya lagi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali mengakui gara-gara Dr Mahathir, NGO itu telah berpecah kepada dua kumpulan.

Perpecahan mula berlaku apabila apabila gambar Presiden PERKASA Ibrahim Ali dalam majlis Deklarasi Rakyat yang dilihat bersalaman dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang tersebar di media sosial.

“Ekoran isu itu, ahli-ahli UMNO dalam PERKASA sudah ada dua kem. Sekarang sudah ada ahli UMNO dalam PERKASA umum keluar PERKASA melalui sidang media dan memotong kad keahlian, untuk tunjukkan rasa tidak puas hati kepada Presiden dan kepimpinan PERKASA.

“Ada juga ahli UMNO dalam PERKASA yang menyokong Mahathir dan masih bersama Presiden dan mengancam mahu keluar UMNO dan juga mahu umum melalui sidang media selain mahu potong kad UMNO mereka,” kata Syed Hassan yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Che Det, kelab penyokong Dr Mahathir.

Penglibatan Zahid Mat Arip, salah seorang Ahli Dewan Tertinggi PERKASA yang juga Muryidul Am Tibai (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) menyokong gerakan Dr Mahathir juga turut dipertikai.

Zahid Mat Arip sebelum ini merupakan bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan.

Walau bagaimanapun seorang lagi bekas aktivis PKR, Datuk Zulkifli Noordin mendiamkan diri dan dilihat cuba menjarakkan sokongan terhadap Dr Mahathir walaupun beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi PERKASA.

3 thoughts on “Teka Teki Langkah Presiden PERKASA, Ibrahim Ali

  1. Hhmmm…makin berpecah belah umat islam.18 thn org melayu berantakan kerana kem anwar dan mahathir.berpecah belah keluarga dan sahabat handai sbb politik rakus.skrg dgn selamba mereka berbaik baik.mcm mana pun saya tetap yakin dgn saiful bukhari dan sumpah laknatnya berbanding retorik anwar dan mahathir.

    Skrg perkasa pun dah bercelaru.nasib baik dato zul noordin dah ‘bersara’ dr perkasa dan begitu juga ezam bersara dr politik caca marba skrg.org2 lama hanya menambahkan fitnah dan kerosakan pada umat melayu dan islam.

    Amat mengaibkan biler melihat tun m dan ts muhyiddin menelan segala maki hamun dan cacian mereka pada pembangkang di penghujung usia mereka.jika mahu menyelamatkan msia sekalipun, jgn sampai menjilat ludah sendiri dgn melanggar prinsip sendiri.

    Semoga Allah membuka hati tun m dan ts muhyidin utk melupakan kekuasaan duniawi dan menghabiskan usia yg tinggal utk beramal dan menggembirakan kaum keluarga.itulah yg sebaik2nya.

    Like

  2. Adakah sebarang sokongan memerlukan nilai balas budi? Jika begitu, kita akan menjadi tiada pendirian. Begitu juga Tok Him, beliau mempunyai pandangan sendiri yg berlawanan, perlukah beretorik tak kenang budi? Adakah Tun M membalas budi Najib Razak setelah memberikan anaknya sebagai MB? Tidak bukan?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s