Tun Mahathir Perlu Bertaubat Secara Terbuka – Timbalan Pengerusi PAN Selangor

AIDCNews – 11/9/16 – Jika mahu sokongan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hendaklah terlebih dahulu bertaubat dan memohon maaf secara terbuka, kata Saari Sungip, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor.

“Jika dia mahu bekerja dengan kami, adalah perlu bagi Mahathir untuk melepaskan dirinya dari segala kesalahan yang dia lakukan semasa dia berkuasa,” kata Timbalan Presiden Amanah Selangor, Saari Sungip dalam temu bual dengan FMT.

“Dia mesti mengakui kesilapannya dan perlu memohon maaf kepada rakyat dan kepada keluarga Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

Saari turut mengungkit kisahnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah pemerintahan Dr Mahathir.

Menurutnya, meskipun dia ditahan ISA di bawah pemerintahan Dr Mahathir, namun masih boleh memejamkan mata bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri 22 tahun itu semata-mata untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Kerjasama untuk sebab tertentu boleh dipertimbangkan,” katanya. “Walaupun saya seorang bekas tahanan ISA, saya tidak akan merasa dikhianati kerana menjatuhkan Najib bermakna berjuang untuk rakyat,” katanya lagi.

One thought on “Tun Mahathir Perlu Bertaubat Secara Terbuka – Timbalan Pengerusi PAN Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s