‘Arak Hilang Dara’ Sasar Mahasiswa

Minuman alkohol, Four Loko yang diharamkan di beberapa negeri di Amerika Syarikat telah dijual secara dalam kepada orang Malaysia khususnya penuntut institusi pengajian tinggi.

Minuman itu mencetus kontroversi kerana dikatakan mudah memabukkan sehingga mendapat jolokan ‘arak hilang dara’.

Walaupun ia tidak dijual secara terbuka di Malaysia, tetapi terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengimport dari China dan menjualnya melalui media sosial.

Pedagang haram tersebut menyasarkan laman-laman Facebook yang menjadi tumpuan mahasiswa.

Harga yang ditawarkan adalah agak mahal iaitu RM50 setin berbanding AS$3 atau AS$4 (RM12-RM16) di Amerika Syarikat.

Persatuan-persatuan restoran yang dihubungi Sinchew Daily memberitahu, arak kontroversi itu tidak kelihatan dijual secara terbuka pada masa ini.

Import apa jua minuman perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, dan peniaga biasanya tidak akan mengimport minuman yang mana keselamatannya dipertikaikan.

Pusat-pusat hiburan malam juga dilaporkan tidak akan menjual minuman itu secara sembarangan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Beberapa negeri di Amerika Syarikat mengharamkan minuman Four Loka selepas terdapat pelajar yang jatuh sakit malahan terlibat dalam kemalangan kerana meminum arak itu.

Kandungan kafein dalam minuman itu juga merupakan perkara yang mencari perhatian pihak berkuasa kesihatan – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s