Ke Mana Hala Tuju PERKASA ?

ahmad-saidAIDCNews – 13/9/16 – Kritikan terbuka Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena di antara ketiga tokoh itu.

Tidak ditolak juga kemungkinan ia hanya sekadar wayang politik untuk memeriahkan penubuhan parti baharu, PPBM.

Sebelum penubuhan PPBM, pada 2 Julai, Ibrahim Ali membayangkan PERKASA yang mempunyai lebih 800,000 keahlian itu akan bergabung atau menyertai mana-mana parti politik pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14).

Kira-kira sebulan selepas kenyataan Ibrahim itu, pada 9 Ogos, Muhyiddin Yassin telah hantar borang permohonan untuk parti baharu yang dinamakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau ringkasnya BERSATU.

Nama PERKASA dan parti baharu Muhyiddin mempunyai persamaan dari segi perkataan ‘pribumi’ yang mengukuhkan dakwaan bahawa Parti Pribumi adalah jelmaan semula PERKASA.

Sebaik sahaja parti baharu diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 9 September, Muhyiddin meluahkan kekecewaan kerana gagal menggunakan akronim BERSATU sebaliknya terpaksa mengunakan singkatan PPBM.

“Kami tidak berapa gembira pasal itu, kerana anda semua tahu, ia (BERSATU) yang kami hantar semasa pendaftaran kerana lebih menarik.

“Kami terpaksa mengikut apa yang diberikan RoS, kerana yang paling penting pendaftaran lulus dengan segera,” katanya.

Pada masa sama Ibrahim pula seolah-olah membuat u-turn dengan mempersoalkan hala tuju PPBM.

“Ramai mahu tahu apakah PPBM ini agendanya betul-betul perjuangan untuk Melayu dan Islam.

“Atau pun mereka akan jadi sebahagian daripada Pakatan Harapan? Kalau sebahagian daripada Pakatan Harapan bererti bersama dengan DAP,” kata Ibrahim.

Serentak dengan itu, Yang Dipertua PERKASA Terengganu, Dato Sri Ahmad Said membuat pengumuman tidak akan menyertai PPBM, sebaliknya bertekad mahu terus kekal dalam UMNO.

Perubahan sikap Ibrahim dan Ahmad Said itu telah menimbulkan teka teki berkaitan pendirian pimpinan PERKASA lain terhadap PPBM.

Antara mereka adalah Syed Hassan Syed Ali (Setiausaha Agung), Abu Bakar Yahya (Yang Dipertua Selangor), Hassan Basri (Ketua Penerangan), Muhammad Zahid Md Arip (Ahli Majlis Tertinggi) dan Irwan Fahmi Ideris (Ketua Wira Perkasa).

Di antara mereka, Muhammad Zahid Md Arip adalah tokoh paling ekstrim kerana pernah menubuhkan NGO dinamakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) pada 2012.

TIBAI adalah NGO yang ditubuhkan oleh bekas-bekas aktivis PKR bertujuan untuk menentang Anwar Ibrahim, dilancarkan secara rasmi pada 22 April 2012 di Kelab Sultan Sulaiman yang dirasmikan oleh Presiden Perkasa, Ibrahim Ali.

Muhammad Zahid yang dilantik sebagai Mursyidul Am TIBAI berkata NGO itu disokong oleh 28 individu yang merupakan bekas pengasas PKR, antaranya Senator Mohd Ezam Mohd Noor; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zulkifli Nordin; Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Ruslan Kassim, ketika itu Ketua Penerangan Perkasa; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin; bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman dan Ng Lum Yong.

Advertisements

2 thoughts on “Ke Mana Hala Tuju PERKASA ?

  1. Nampaknya DAP telah menyebabkan kesatuan org2 Melayu Dari NGO semakin berpecah. Dahulu, Perkasa amat digeruni kerana kewibawaan mereka menentang penindasan dan campurtangan DAP dan seangkatan di dalam hal ehwal Islam, Melayu dan Raja. Sekarang setelah perpecahan berlaku (sekiranya berlaku) apa yg boleh diharapkan lagi dari Perkasa? Separuh menyokong PPBM dan sebahagian lagi setia dgn UMNO. Bagaimana mereka mahu mencapai keputusan konsensus jika begini keadaannya? Perkasa hilang taring, dimana saga juga adalah antara ahlinya

    Like

  2. Perkasa ni NGO yg ditubuhkan oleh ex PKR bersama Ibrahim Ali proksi Tun M khas utk menentang DSAI. Sepatutnya apabila Tun M dan DSAI shake hand secara rasminya putuslah hubungan mereka dgn Tun M. Kalau sesiapa masih ikut lg mmg sah ini katak plg hardcore, kaki jilat ludah plg agunglah. Kahkah..

    Tak ada salahnya Perkasa berjuang bersama UMNO ataupun PAS demi kepentingan islam mcm yg mereka lakukan sebelum ini. Baru ni skali kecoh dgn SIS kali ini tiada NGO pro islam langsung beri bangkit bersuara mcm dulu.

    Islam kena bersatu, malah presiden PAS-UMNO pun sudah mula ambil langkah tidak berbunuhan sesama islam sebab mereka tahu ada musuh yg lebih besar bahayanya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s