Macai Mahathir Mula Buta Mata Berkaitan DAP

macai-mAIDCNews – 13/9/16 – Macai Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mula membutakan mata berkaitan dengan asas perjuangan DAP apabila Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa parti itu bukan ‘chauvinist’ dan tidak berhasrat untuk menghapuskan hak istimewa Melayu-Bumiputera melalui konsep ‘Malaysian Malaysia’.

“Ini dia Dato’ Khairuddin macai Mahathir yang sengaja menjahilkan diri disebabkan ketaksuban melampau,” bidas facebooker Ngelaban berkenaan kenyataan Khairuddin berkenaan DAP, 11 September lalu.

Dalam kenyataan itu, Khairuddin mendakwa seumur hidupnya, dia tidak mendengar DAP mahu menghapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu-Bumiputera.

“DAP tidak ‘chauvinist’ kerana keahliannya juga terbuka pada Melayu dan Bumiputera. Seumur hidup saya, tak pernah pun dengar DAP suruh hapuskan hak istimewa Melayu,” kata Khairuddin.

Namun, Ngelaban membidas, kenyataabn Khairuddin itu sangat naif kerana ia bercanggah dengan kenyataan dari laman rasmi DAP sendiri yang menyebut ” DAP terus berjuang untuk memastikan cita-cita peluang dan hak saksama di kalangan rayat Malaysia akan tercapai dalam semua bidang, tanpa mengira gender, kaum dan agama. Penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” dan pelaksanaan kesaksamaan etnik.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s