Anak Anwar Desak Tun Mahathir Mohon Maaf Secara Terbuka

KUALA LUMPUR: Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta menyokong prosiding kes Anwar serta bersalaman dengan bekas timbalannya itu tidak memadamkan penderitaan yang dialami keluarga Anwar.

Anak kedua Anwar, Nurul Nuha, menegaskan, hakikatnya Dr Mahathir pernah menghumban Anwar ke penjara 18 tahun lalu dan gimik bersalaman itu tidak akan terpadam azab yang ditanggung keluarganya selama ini.

“Sebagai seorang anak gadis yang menyaksikan azab yang tidak terkira bapa saya lalui 18 tahun yang lalu, hasrat peribadi saya adalah supaya Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka dan mengakui dakwaan berkenaan adalah rekaan.

“Saya rasa ini akan mengurangkan penderitaan yang kami lalui sebagai sebuah keluarga. Ia bukannya akan menjadi lebih mudah, tetapi kamu perlu menjadi lebih kuat,” ujarnya.

Dr Mahathir sebelum ini dikatakan hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar untuk menghentikan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Bekas Perdana Menteri itu beberapa hari kemudian mengeluarkan kenyataan tidak mustahil untuk menjalinkan kerjasama dengan Anwar sepertimana beliau bekerjasama dengan bekas musuhnya selama menjadi ahli UMNO – Lim Kit Siang.

Ujar Nuha, beliau tidak akan sesekali melupakan tindakan Dr Mahathir terhadap bapanya pada 1998 namun akan memaafkannya sekiranya bekas Perdana Menteri itu bertindak sedemikian.

“Saya senada dengan kata-kata ayah, kita maafkan tetapi kita jangan lupa,” katanya – Malaysian Digest

apek

ramesh

tan

wajib

2 thoughts on “Anak Anwar Desak Tun Mahathir Mohon Maaf Secara Terbuka

  1. Bayangkan kalau usaha Azmin menjadi kenyataan,Madir dan Nuar bersatu dan berjaya pula menjatuhkan Umno/BN kemudiannya membebaskan Nuar. Apa akan jadi pada WA anak beranak ?Pisang sudah tentu akan berbuah 3 kali ,bukan sekali bukan lagi 2 kali,Azmin akan jadi semakin ‘berkuasa’ pada Nuar,Tentunya nanti akan lebih teruk lah keluarga berkaitan makan hati berulam jantung gara-gara dua sejoli .Eloklah gagalkan saja rancangan Azmin,inilah yg mungkin sedang di usahkan . .

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s