Kimberley Motley Tiada Dalam Senarai Peguam Kendali Kes Anwar

Sir Richard Branson bersama Kimberly Motley

Jabatan Penjara Malaysia menegaskan peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dihalang untuk menemui beliau di Penjara Sungai Buloh.

Malah, sehingga kini sejumlah lebih dari 100 perjumpaan telah dilaksanakan di antara peguam dan Anwar.

Bagaimanapun bagi tujuan penyelarasan, sebelum mengadakan pertemuan dengan banduan, peguam-peguam perlu membuat permohonan bertulis kepada penjara berkaitan dengan menyatakan tarikh, masa dan tujuan perjumpaan diperlukan.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim berkata, setelah menerima surat dari tetuan Daim & Gamany pada 13 September 2016, pengurusan Penjara Sungai Buloh telah menghubungi pejabat guaman berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut kerana peguam Kimberley Motley tiada dalam senarai peguam-peguam yang mengendalikan kes Anwar.

“Penjara Sungai Buloh juga telah memohon surat perlantikan peguam serta Sijil Amalan Guaman untuk peguam berkenaan iaitu selaras dengan prosedur Jabatan Penjara serta ketetapan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 berkaitan perjumpaan antara banduan dan peguam.

“Penjara Sungai Buloh seterusnya memaklumkan tiga peguam lain yang tersenarai dalam permohonan dibenarkan berjumpa Anwar namun mereka tidak datang untuk perjumpaan pada tarikh yang dipohon iaitu 13 September 2016,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehingga tarikh kenyataan ini dikeluarkan Penjara Sungai Buloh tidak menerima sebarang dokumen yang dipohon dari tetuan Daim & Gamany.

Sebelum ini ada laporan yang menyebut Peguam Amerika Syarikat, Kimberly Motley mahu bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau tidak dibenarkan berjumpa dengan Anwar di penjara Sungai Buloh.

Motley dilantik oleh Anwar untuk membantu beberapa kes yang sedang berlangsung, termasuk kajian semula sabitan liwatnya pada bulan Februari 2015.

Firma undang-undang Daim & Gamany yang mewakili Anwar dalam beberapa permohonan didakwa telah menulis kepada Jabatan Penjara pada 10 September lalu untuk mendapatkan kebenaran supaya Motley boleh berjumpa dengan Anwar tetapi permohonan ditolak. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s