NGO Nasihat Shafie Tidak Payah Layan Peguam Anwar Upahan Asing

AIDCNews – 14/9/16 –Pengerusi NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan Naidu menasihati peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah supaya tidak melayan peguam Anwar upahan dari negara asing.

Menurutnya, peguam antarabangsa Anwar dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley yang baharu dilantik itu sekadar mahu menghidupkan isu Anwar dan perbuatan melayan karenahnya adalah membuang masa.

“Jangan layan bangsat upahan Mat salleh!! Buang Masa,”katanya dalam Facebook.

Ramesh Rao berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhammad Shafee bahawa beliau bersedia berdepan dengan peguam Motley, dalam mencabar keputusan pemenjaraan Anwar berkaitan kes liwat di Mahkamah Persekutuan.

“Kita kaji dahulu. Saya selalu bersedia menentang,” kata Shafee dalam jawapan ringkasnya kepada FMT.

Muhammad Shafee adalah peguam mengetuai pendakwaan berkaitan kes liwat Anwar pada tahun lepas.

Pada 10 Februari tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhi hukuman Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dihukum penjara selama lima tahun akibat kesalahan itu.

Keputusan itu dibuat panel 5 hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar diwakili sepasukan 15 orang peguam yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Empat belas peguam yang lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R. Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Manakala, pihak pendakwa hanya diwakili oleh dua peguam diketuai Muhammad Shafee dan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Selain itu, Ramesh Rao turut berkata perbuatan Anwar ‘mengupah’ Motley sebagai satu penghinaan kepada peguam-peguam tempatan yang pernah mewakili Ketua Umum PKR itu.

“Tindakan Anwar mohon bantuan peguam #Kimberly dari Amerika bukti 1.Peguam-peguam #Anwaribrahim bodoh dan tidak lagi mampu menyelamatkan Anwar ! 2.Majlis Peguam barua yang tidak boleh dipakai lagi!,”katanya lagi.

Sementara itu, peguam tempatan, K. Ramu mengingatkan Motley bahawa Anwar didapati bersalah oleh mahkamah tertinggi (Mahkamah Persekutuan) di Malaysia dan ia bukan rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan mahkamah lebih rendah.

“Perjuangan terakhir Anwar ialah di dalam Mahkamah Persekutuan. Sia-sia membuat kenyataan dia tidak bersalah atau mahu melancarkan kempen antarabangsa,” katanya kepada FMT.

Ramu berkata Motley bukan peguam berdaftar di Malaysia dan bukan juga sebahagian barisan peguam Anwar.

Katanya, pihak penjara mempunyai kuasa sama ada membenarkan atau tidak sesiapa pun melawat Anwar, lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan pihak luar.

One thought on “NGO Nasihat Shafie Tidak Payah Layan Peguam Anwar Upahan Asing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s