Pemecatan Keahlian Sah, Anina Tarik Balik Permohonan Rayuan

PUTRAJAYA: Bekas anggota Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin secara rasmi menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung pemecatan keahliannya dalam parti politik.

Peguam beliau Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita, beliau telah memfailkan notis pemberhentian permohonan itu pada Khamis lepas.

Beliau berkata alasan bagi penarikan balik itu adalah ia akan menjadiak ademik bagi Anina untuk meneruskan permohonan kerana remedi untuk dikembalikan semula sebagai anggota Umno tidak lagi layak baginya.

Mohamed Haniff Khatri berkata ini kerana Anina kini merupakan anggotajawatankuasa sebuah parti yang baru ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Pada 24 Ogos lepas, Anina mengumumkan dalam sidang akhbar beliau menarik balik tiga kes saman sivil yang difailkan dahulu atas kapasiti sebagai anggota Umno kerana beliau sekarang akan berjuang menerusi landasan baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Mohamed Haniff Khatri berkata firmanya menerima panggilan telefon dari pejabat pendaftaran mahkamah menyatakan kes itu yang sebelum ini ditetapkan pendengarannya pada Rabu, telah dikeluarkan daripada senarai.

Beliau datang ke mahkamah hari ini untuk mengesahkan sama ada kes itu telah dikeluarkan daripada senarai kes atau disebut di dalam mahkamah terbuka bagi tujuan penarikan balik, dan berkata selepas membuat semakan di pejabat pendaftaran mahkamah, kes itu telah dikeluarkan.

Anina memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh selepas memecat keanggotaannya.

Bagaimanapun, Anina hilang kes itu selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Tengku Adnan dan Abdul Rauf untuk membatalkan saman itu.

Mahkamah memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar pertelingkahan membabitkan penyingkiran dan pemberhentian Anina selaku anggota Umno berdasarkanSeksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk David Wong Dak Wah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 April lepas – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s