PKR Bersetuju Berkerjasama Jika PPBM Jadikan Pembebasan Anwar Agenda Utama

muhyiddin-anwarAIDCNews – 14/9/16 –PKR sedia menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang jika parti baharu itu menjadikan pembebasan Anwar Ibrahim sebagai agenda utama.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata, jika PPBM bersetuju dengan perkara itu, maka PKR tiada masalah untuk bekerjasama dengan parti baharu tersebut.

“Tak ada masalah untuk bekerjasama kalau Tun Mahathir dan PPBM punyai visi dan misi sama seperti agenda reformasi, kita mahu sesiapa saja bersama kita dalam perjuangan untuk tubuh kerajaan baharu di Putrajaya dan khususnya untuk membebaskan Anwar.

“Jika itu semua dalam kerangka mereka dan mereka boleh bekerjasama, maka kita akan bekerjasama,” katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai suara-suara akar umbi PKR dan Pakatan Harapan (PH) yang meminta parti Keadilan itu berhati-hati dengan tawaran kerjasama oleh bekas perdana menteri itu.

Antaranya, Cabang PKR Permatang Pauh yang meminta supaya parti mendapatkan mandat daripada kepimpinan peringkat nasional dan akar umbi sebelum mewujudkan sebarang kerjasama dengan PPBM.

Malah, pemimpin rakan komponen iaitu PAN turut memberi peringatan agar Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad ‘bertaubat’ sebelum menjalin kerjasama dengan PH.

Ia berikutan kenyataan Dr Mahathir minggu lalu bahawa beliau sudi bekerjasama dengan Anwar.

Mahathir ketika ditanya pemberita sama ada pertemuannya dengan Anwar sebelum ini ada membincangkan kerjasama antara PPBM dengan PKR, menjawab bahawa beliau tiada masalah untuk bekerjasama dengan bekas ketua pembangkang itu, kerana beliau sudah menjalin kerjasama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Tiga hari lepas, Presiden penaja PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong pembebasan Anwar Ibrahim dan berikrar menjadikan ia sebagai agenda perjuangan partinya.

Muhyiddin berkata, beliau tidak melihat ada kebarangkalian kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membebaskan bekas ketua pembangkang itu.

“Saya rasa amat kasihan apa yang ditanggung Anwar. Sama ada betul atau tidak betul, terserah kepada Allah. Kita terkilan beliau merengkuk dalam penjara.

“Ada yang tanya saya boleh ke bebaskan Anwar? Saya lihat slogan ‘Bebas rakyat bebas Anwar’ dilaungkan. Bebaskan rakyat menerusi sistem pilihan raya, maka jika ada pimpinan baharu daripada kita, kita bersama akan fikirkan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika kita bersetuju itu pra syarat pentingnya, tidak sukar untuk kita bersama membentuk kerajaan baharu kelak,” katanya yang dipetik portal berita pro-PAN, Malaysia Dateline pada Program Jelajah Selamatkan Malaysia di Jelebu, lapor FMT.

Tambah Muhyiddin untuk merealisasikan pembebasan Anwar, rakyat perlu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU 14.

“Nak selesaikan masalah kena tukar kerajaan dan semua pemimpin BN perlu diturunkan. Saya tidak akan balik semula kepada UMNO, kerana UMNO dikaitkan kini dengan budaya tidak elok, korupsi, sekatan sana sini…buat rakyat takut.

“Kita perlu wujudkan barisan ‘people front’, rakyat perlu berada di barisan hadapan, selain semua parti politik pembangkang ke arah wujudkan barisan kukuh dan bersetuju bertanding satu lawan satu,” katanya sambil menambah, PPBM perlu berbincang dengan parti pembangkang lain untuk mencari satu manifesto bersama.

Advertisements

2 thoughts on “PKR Bersetuju Berkerjasama Jika PPBM Jadikan Pembebasan Anwar Agenda Utama

  1. Perjuangan utama parti pembangkan ialah membebaskan pesalah seks,bukan menjaga kepentingan rakyat.Penjenayah mahu di bebaskan bagaiaman pula keadilan utk mangsa.Pembangkan tak guna.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s