DAP Tidak Setuju Pakatan Pembangkang Guna Satu Logo – Tunku Aziz

tunkuAIDCNews – 15/9/16 – DAP tidak akan bersetuju pakatan pembangkang menggunakan satu logo bagi melawan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), tegas bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Menurutnya, logo roket merupakan simbol kekuatan DAP terhadap komuniti pengundi Cina, jika menggunakan logo lain, parti itu berisiko kehilangan sebahagian undi daripada kaum tersebut

“Saya rasa DAP memang tidak bersetuju kerana DAP sudah mempunyai identitinya. Orang Cina yang menyokong parti itu, kalau diletak logo baru, saya rasa mereka tak boleh terima kerana sokongan mereka kepada DAP.

“Tapi bila bercampur, saya rasa barangkali sokongan itu hilang,” katanya kepada Antarapos.

Tambahnya, tujuan utama DAP menyertai mana-mana gabungan pembangkang adalah untuk mendapat undi tambahan daripada komuniti masyarakat Melayu-Islam.

“Kita tahu DAP punyai agenda, jadi bila bekerjasama dengan PAS (menerusi Pakatan Rakyat sebelum ini), dengan PKR, (adalah) untuk mendapatkan undi Melayu.

“Bagaimana nak bekerjasama kerana lain parti, lain agenda,” katanya lagi.

Pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar Jun lalu, DAP mengakui telah berhadapan dengan cabaran besar untuk memperkenalkan logo Parti Amanah Negara (PAN) dalam komuniti masyarakat Cina.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata segelintir masyarakat Cina di kawasan Sekinchan ketika ditemui memaklumkan mereka keliru dengan simbol PAN kerana sebelum ini mereka hanya melihat simbol roket sahaja.

“Kita datang merayu undi dengan penduduk tempatan. Respons adalah sangat menggalakkan tapi ada sedikit kekeliruan tentang simbol. Ini kerana mereka (penyokong Cina) kenal ‘roket’ tapi roket tidak bertanding.

“Kita kena perkenalkan (simbol) Amanah (PAN) di mana YB Ng Suee Lim telah samakan simbol ‘adidas’ ataupun ‘tiga segi’ (bagi menyokong DAP),” katanya.

Advertisements

3 thoughts on “DAP Tidak Setuju Pakatan Pembangkang Guna Satu Logo – Tunku Aziz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s