PPBM Parti Picisan – Rafizi Ramli

My Nation News – Di kalangan ahli parti PKR, ramai mengetahui akan perselisihan antara Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Azmin Ali.

Beberapa kali Rafizi secara berkias menyindir tindakan Azmin berbaik dengan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, Rafizi mendedahkan, Dr Mahathir hanyalah boneka buat parti pembangkang apabila membaca skrip yang ditulis mereka dan bukanlah sebaliknya ketika pengumuman Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu.

Mengenai parti Pribumi pula, Rafizi dalam satu ceramah berkata parti diterajui Mahathir hanyalah picisan dan tidak akan mengubah lanskap politik negara ini dan diingatkan agar tidak tamak untuk menuntut kerusi di Pilihanraya Umum akan datang.

Rafizi turut membandingkan parti Pribumi dengan gelombang dicetus Anwar pada 1998, ia adalah bagai langit dan bumi.
Malah, jika penyatuan dibuat dengan parti Pribumi, ia adalah satu malapetaka buat Pakatan Rakyat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s