Tun M Enggan Komen Gesaan Anak Anwar Supaya Mohon Maaf

AIDCNews – 15/9/16 – Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas gesaan anak Anwar, Nurul Nuha supaya bekas Perdana Menteri itu memohon maaf secara terbuka berkaitan dengan kes liwat yang dihadapi bapanya.

“Saya tidak tahu pasal itu,” kata Dr Mahathir sambil berlalu pergi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di ibu negara, malam tadi.

Sebelum ini, Nurul Nuha telah menggesa Dr Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesalahannya “mereka-reka bukti” bapanya terlibat dalam liwat dan rasuah pada tahun 1998 sebelum berfikir tentang membentuk sebarang pakatan dengan Ketua Umum PKR yang sedang dipenjarakan itu.

“Sebagai anak yang menyaksikan pelbagai seksaan yang dihadapi ayah saya sejak 18 tahun lalu, saya berharap agar Tun M meminta maaf secara terbuka dan mengakui beliau mereka-reka dakwaan itu. Saya rasa itu dapat mengurangkan sedikit beban yang kami sekeluarga lalui. Ia bukannya mudah tetapi anda perlu lebih kuat,” kata Nurul Nuha ketika dihubungi Malay Mail Online.

Dr Mahathir muncul di mahkamah pada 5 September lalu untuk kes yang melibatkan Anwar, yang telah memfailkan injunksi interim di Mahkamah Tinggi, untuk menghentikan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 daripada dikuatkuasakan.

Dr Mahathir memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, dan beliau kemudiannya dipenjarakan dan didakwa dengan tuduhan liwat dan rasuah.

“Saya senada dengan kata-kata ayah, kita maafkan tetapi kita jangan lupa,” kata Nuha, sambil menambah keluarganya bagaimanapun akan menghormati sebarang keputusan Anwar mengenai hubungannya dengan Dr Mahathir sekarang.

Sambung Nurul Nuha lagi, “Seperti yang saya katakan, bagi saya, Dr Mahathir datang ke mahkamah adalah isyarat yang jelas mengakui kesalahannya dalam konspirasi dan ia satu permulaan yang baik.

“Bagaimanapun, kami akan berdiri di belakang bapa kami dengan keputusan yang beliau buat,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s