Warkah Saiful Buat Muhyiddin

saifulAIDCNews – 15/9/16 –Bekas pembantu Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukahri Azlan mendakwa mempunyai locus standi mengulas kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan dengan kes liwat yang mula diperkatakan semula sejak beberapa hari ini.

“Sebelum anda semua tanya apa hak saya nak ulas? Ingin saya maklum sebagai pihak yang berkepentingan dalam kes ini, saya mempunyai ‘locus standi’ untuk mengulas apa yang diperkata oleh Tan Sri (Muhyiddin),”katanya dalam Facebook awal pagi ini.

Kenyataan penuh Mohd Saiful

WARKAH SUBUH BUAT TAN SRI MUHYIDDIN

Kepada Tan Sri, jika benar seperti yang dilaporkan dalam keratan media yang saya lampirkan ini, maka saya amat bersimpati dengan Tan Sri. Saya bersimpati kerana di awal perjuangan melalui wadah baru (PPBM) ini Tan Sri sudah terkhilaf.

Pada hemat saya, tidak perlu gentar untuk peroleh sokongan jika yakin wadah baru ini BENAR. Perjuangan berlandaskan kebatilan saya kira kurang keberkatannya, sukar untuk berjaya. Apatah lagi memohon pertolongan ‘sokongan’ dari makhluk yg Tan Sri sendiri tahu kebenarannya dan sudah diputuskan bersalah oleh Mahkamah.

Mohonlah pada Allah SWT dan bersama makhluk yang BENAR jalannya.

Dalam kamus politik berdusta itu kononnya tidak salah, tapi dalam agama berdusta tak kira dalam politik atau tidak, ia sama sahaja semasa perhitungan di masyar nanti.

Apa lagi dengan menjaja dusta itu untuk meraih sokongan, yang bakal menganiaya saya sebagai mangsa dalam kes ini.

Nasihat saya, usah cemarkan wadah baru(PPBM) yang ibarat bayi yang masih suci ini dengan kekotoran. Marhaen di luar ingin tahu hala tuju parti, dasar, idealisme n etc, bukannya janji jika menang pilihanraya mahu bebaskan banduan yang bersalah.

Biarlah beliau menjalani hukuman, kelak akan bebas jua akhirnya, berkemungkinan lebih awal jika berkelakuan baik.
Belum terlambat untuk perbetulkan.

Namun jika Tan Sri beranggapan ‘jalan pintas’ ini jalan yang terbaik, maka saya ucapkan selamat ‘maju’ jaya.

Terus doa, sabar & istiqamah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN

Advertisements

2 thoughts on “Warkah Saiful Buat Muhyiddin

  1. Ye la, org tua kadang2 wat silapnye sikit tp buruknye smpai mati….ni la halnye klu tk abis2 kje duniawi…kerja nama, kuasa dn harta….yg hilangnye nnt maruah ank bini cucu n keturunan…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s