Dr Haron Din Meninggal Dunia Hari Ini

KUALA LUMPUR – Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia hari ini di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan.

Beliau berkata Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia).

Katanya Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media tempatan melaporkan Allahyarham berada dalam keadaan kritikal akibat pendarahan teruk dan bergantung kepada mesin sokongan hayat.

Nasrudin berkata keluarga Haron dijangka memberi maklumat selanjutnya.

Pada Mac lepas, Haron dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada.

Beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford University pada 2 April 2012 – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s