PAS Belum Buat Keputusan Sertai Pakatan Pembangkang – Abdul Hadi

AIDCNews – 17/9/16 –Menyifatkan masih terlalu awal, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan bahawa paarti Islam pimpinan beliau telah membuat keputusan bersetuju untuk menyertai Pakatan Pembangkang bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Masih terlalu awal. Belum lagi bubar kerajaan, terlalu awal untuk buat keputusan. Parti-parti politik pun dalam keadaan tidak menentu.

“PAS kena berhati-hati untuk bekerjasama dengan semua pihak.Cuma langkah kita sekarang memperkenalkan politik matang dan sejahtera berdasarkan kepada taawun, iaitu tolong menolong dalam perkara baik dan tidak tidak menolong dalam perkara yang tidak baik sama ada kerajaan atau pembangkang. Ini konsep umum yang (kita) pegang hari ini.

“Sejak 1955, kita (PAS) masuk pilihan raya dan PAS pernah bekerjasama dengan berbagai-bagai parti politik, kita kaji semua. Sebab itu kita tidak gopoh dalam membuat keputusan,” kata beliau ketika diinterbiu wartawan Terengganukini.net.

Wartawan ingin kepastian dengan bertanya sekali, adakah PAS belum membuat keputusan untuk bersetuju dengan perlawanan satu lawan satu sepertimana yang dinajurkan Pakatan Harapan.

“Ya. Belum. Tidak ada pendirian. Perkara ini kita akan buat pendirian secara terperinci,”tegasnya.

Tambahnya, keadaan politik bukan bersifat statik, tetapi sentiasa berubah dari masa ke semasa.

“Memang perkembangan PAS sangat baik mutakhir ini. Di samping kita pernah menang di Kelantan. Pernah menang di Terengganu. Pernah memerintah di Kedah. Kita pernah mencuba pemerintahan di Perak. Pernah menyertai kerajaan campuran di Selangor.

“Keadaan akan berubah, ia tidak tetap. Politik ini berubah. Sebab itu tidak boleh kita buat kenyataan awal kerana perubahan boleh berlaku bila-bila masa sahaja,”katanya.

Apabila ditanya, adakah PAS sanggup menjalinkan semula kerjasama dengan DAP, beliau menjawab kemungkinan itu tidak akan berlaku.

“(Dengan ) DAP mungkin tidak. Tidak (akan) bekerjasama. Kerana sikap DAP yang tidak berubah menentang Islam. Terang-terang saya sebut, dia (DAP) menentang Islam. Menentang akidah Islam,”jawabnya.

Wartawan ingin kepastian dengan bertanya lagi adakah sudah tipis kemungkinan PAS menjalinkan semula kerjasama dengan DAP.

“Tipis dengan DAP…Kita tidak akan mengulangi senerio yang lama. PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP dan tidak bekerjasama dengan parti yang bekerjasama dengan DAP, “jawabnya lagi.

One thought on “PAS Belum Buat Keputusan Sertai Pakatan Pembangkang – Abdul Hadi

  1. Kalau satu lawan satu pun Pribumi nak beratding dimana dan Pas pula di mana?.Kedua-duanya tentu mengintai kerusi yg sama ,dimana Umno bertanding iaitu kawasan mejoriti Melayu.Kalau nak serahakn Pribumi melawan satu sama satu dgn Umno,satu atau dua kerusi mungkin boleh menang tapi mustahil Pribumi boleh menjadi parti utama yg mampu menjadikan jawatan PM sebagai hak milik parti tersebut.Pas pula terpaksalah bertandig dgn Umno di kawasan mejoriti Melayu yg lebih rendah,hasilnya sudah tentu Pas akan tewas,kerana kedudukan Pas di mata masyarakat bukan Islam sudah yerjejas teruk kerana hasutan DAP.Siapa yg akan rugi jika bergabung?.Pas lagi.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s