Pergolakan Dalaman PAN Mula Berkocak, Mat Sabu Sedia Lepas Jawatan Presiden Kepada Husam

AIDCNews – 17/9/16 – Kemasukan Datuk Husam Musa ke dalam PAN membawa satu dimensi baharu dalam parti itu seumpama meletakkan dua ekor singa di atas sebuah kerusi.

Presiden PAN, Mohamad Sabu dalam kenyataan terbaharu berkata beliau bersedia melepaskan jawatan presiden parti yang disandangnya kepada Husam, tetapi ia perlu diputuskan oleh perwakilan dalam kongres parti

“Itu serah kepada mesyuarat agong kitalah, kongres agung, pemilihan setiap tahun ada.

“Bila masa pun boleh, saya bersedia; saya tak ada masalah untuk serahkan kepada sesiapa yang dipilih dalam perhimpunan penuh parti,” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kepada Astro AWANI.

Isu jawatan kepada Husam mula diperkatakan sejak awal September lalu apabila PAN berjanji akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan tersebut.

Namun, sehingga kini tiada sebarang jawatan di peringkat nasional diberikan kepada Husam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s