Singapura Paling Banyak Hutang Di ASEAN

sig
AIDCNews – 17/9/16 – Singapura, negara termaju di rantau ASEAN, merupakan antara 20 negara memiliki kadar hutang asing tertinggi di dunia, menurut maklumat hutang global terkini dikumpul enjin pencarian, Yahoo!, lapor Agensi/Mynewshub.cc

Republik itu dianggarkan memiliki hutang bernilai AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion). Mengikut ruangan kewangan enjin pencarian itu, hutang asing bermaksud pinjaman yang dibuat oleh individu atau entiti sesebuah negara daripada pihak asing.

Pinjaman itu sama ada merupakan pinjaman atau sekuriti hutang oleh kerajaan atau syarikat-syarikat tempatan daripada institusi kewangan atau bank komersial asing.

Nilai hutang yang dikumpul oleh Yahoo! itu disiarkan pada 7 September lalu, dengan meletakkan kuasa ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang memiliki hutang asing tertinggi sebanyak AS$17.91 trilion (RM73.43 trilion) setakat 31 Mac 2016.

Berdasarkan data-data hutang terkini yang dikumpul, United Kingdom merupakan negara kedua mempunyai hutang asing terbanyak iaitu AS$9.6 trilion (RM39.36 trilion) diikuti Perancis AS$5.75 trilion (RM23.58 trilion) dan Jerman AS$5.54 trilion (RM22.71 trilion).

Antara negara-negara lain yang dikelaskan sebagai 20 negara yang memiliki hutang asing yang tinggi ialah Luxembourg AS$3.47 trilion (RM14.23 trilion), Jepun AS$2.86 trilion (RM11.73 trilion), Itali AS$2.65 trilion (RM10.87 trilion), Belanda AS$2.52 trilion (RM10.33 trilion) dan Sepanyol AS$2.3 trilion (RM9.43 trilion).

Negara paling maju di ASEAN, Singapura berada di kedudukan ke-10 dengan hutang asing AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion), diikuti China AS$1.68 trilion (RM6.89 trilion), Switzerland AS$1.61 trilion (RM6.60 trilion), Kanada AS$1.49 trilion (RM6.11 trilion), Australia AS$1.39 trilion (RM5.69 trlion), Belgium AS$1.28 trilion (RM5.25 trilion) Hong Kong AS$1.23 trilion (RM5.04 trilion) dan Rusia AS$599 bilion (RM2.46 trilion).

Beberapa negara rantau Skandinavia yang memiliki tahap sosial tinggi juga memiliki hutang asing besar seperti Sweden AS$1.15 trilion (RM4.72 trilion), Nor­way AS$615 bi­lion (RM2.52 tri­­lion) dan Denmark AS$593 bilion (RM2.43 trilion).

Sementara itu, menurut kajian media tempatan, kadar pengangguran di Singapura meningkat dalam suku kedua, malah lebih ramai pekerja dibuang kerja ekoran keadaan ekonomi dunia yang makin lemah.

Berdasarkan laporan terbaharu Pasaran Buruh yang dikeluarkan setiap enam bulan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), buat julung kalinya sejak Jun 2012, jumlah pemohon kerja melebihi bilangan jawatan kosong, .

Dalam kalangan warganegara Singapura sendiri, kadar pengangguran naik daripada 2.6 peratus kepada 3.1 peratus manakala mereka yang bertaraf penduduk tetap pula, ia naik daripada 2.7 peratus kepada 3 peratus.

Kadar pengangguran naik lebih tinggi melibatkan kalangan penduduk yang berusia 30 tahun dan ke atas, dan khususnya, mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas, menyaksikan kenaikan buat lima suku berturut-turut.

Mereka yang berlatar belakang pendidikan tinggi juga tidak terkecuali, dengan kadar pengangguran dalam kalangan graduan pemegang ijazah dari universiti dilaporkan meningkat teruk kepada paras tertinggi sejak 2009.

Pengambilan pekerja secara keseluruhannya naik hanya 4,200, berbanding 13,000 pada suku sebelumnya dan 9,700 jika dibandingkan dengan suku yang sama setahun lalu, tambah laporan perangkaan MOM tersebut.

Sejumlah 4,800 pekerja diberhentikan kerja dalam suku kedua berbanding masing-masing hanya 4,710 pekerja pada suku sebelumnya dan 3,250 pekerja pada tempoh yang sama setahun lalu.

Ini adalah kadar pemberhentian pekerja suku kedua yang tertinggi direkodkan MOM sejak 2009, yang menyaksikan 5,980 orang terpaksa diberhentikan kerja, menurut laporan kementerian berkenaan lagi.

Stesen penyiaran tempatan, Channel NewsAsia melaporkan secara kesluruhannya, 9,510 pekerja diberhentikan kerja dalam separuh pertama tahun ini, juga jumlah tertinggi sejak 2009.

http://www.channelnewsasia.com/starterkit/servlet/fragment?id=3130084&view=embed&h=360&w=640

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s