Cubaan Guling Kerajaan Melalui BERSIH 5.0, Polis Siasat Maria Chin Abdullah

mariaAIDCNews – 19/9/16 –Polis akan menyiasat Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di atas dakwaan mahu menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara tidak demokratik iaitu melalui demonstrasi Bersih 5.0.

Ketua Polis Negara Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Maria Chin disiasat bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atau kesalahan memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Kita juga menjalankan siasatan terhadap Maria Chin yang mahu menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri melalui Bersih 5.0

“Kita sedang menyiasat beliau di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rabu lalu, Maria Chin mengumumkan Bersih 5.o akan diadakan pada 19 November bagi mendesak penyingkiran Perdana Menteri Najib Razak.

“Singkir Najib salah satu daripada tuntutan kami, tetapi kami mahu tegaskan kami tidak akan sokong mana-mana pemimpin yang tidak menyokong agenda reformasi,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Crystal Crown.

Turut hadir aktivis Hishammuddin Rais, pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan, dan jurucakap #TangkapMO1 Anis Syafiqah Md Yusof.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s