Tiada Peruntukan Undang-Undang Membolehkan Anwar Ditahan Di Rumah

PETALING JAYA: Tiada undang-undang di Malaysia yang membenarkan pesalah diletakkan di bawah tahanan rumah, kata seorang peguam jenayah.

“Tidak ada peruntukan seperti itu sama ada dalam Kanun Prosedur Jenayah atau Akta Penjara yang membenarkan seseorang pesalah menjalani hukuman penjara di rumah,” kata Baljit Sidhu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu laporan dalam majalah Weekend Australian yang menyatakan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon untuk tahanan rumah jika usaha mengetepikan sabitan kesalahan liwat terhadap bekas ketua pembangkang itu tidak berjaya.

Peguam Amerika Syarikat, Kimberly Motley dipetik sebagai berkata peguam Anwar akan sekali lagi membangkitkan isu kekurangan bukti DNA dan keterangan Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten, dalam permohonan semakan pada 12 Oktober.

Baljit, yang juga pensyarah undang-undang berkata tahanan rumah hanya diperuntukkan di AS dan negara Komanwel lain seperti Australia dan Pakistan.

“Di Malaysia, mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah undang-undang dan habis semua proses rayuan perlu menjalani hukuman di penjara,” katanya.

Baljit berkata seingat beliau hanya ada 1 kes membabitkan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dikenakan tahanan rumah tetapi secara bersyarat.

Katanya, kes tahanan ISA itu perlu dibezakan dengan banduan yang disabitkan bersalah.

“Pesalah itu ditahan tanpa dibicarakan dan menteri dalam negeri mempunyai budi bicara untuk memerintahkan tahanan di rumah,” katanya.

Awal tahun ini, kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) juga mendesak supaya Anwar diberikan tahanan rumah bagi membolehkan beliau menerima rawatan perubatan yang tidak ada di penjara.

Dalam satu kenyataan sempena setahun sabitan dan hukuman penjara terhadap Anwar, Pengarah Eksekutif LFL Eric Paulsen berkata pemenjaraan Anwar sangat menjejaskan reputasi Malaysia.

Pemimpin PKR itu pada masa ini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di penjara Sungai Buloh kerana meliwat Saiful yang juga bekas pembantunya pada 2008.

Anwar, 68, pada awalnya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2012 tetapi Mahkamah Rayuan menterbalikkan pembebasan itu dan menyabitkan beliau bersalah dengan hukuman penjara 5 tahun pada 2014.

Tahun lalu, panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mengekalkan sabitan itu, dan berkata mahkamah mendapati Saiful ialah saksi yang boleh dipercayai.

Panel hakim itu juga berkata tidak ada rantaian bukti yang putus dalam kes itu seperti didakwa peguam Anwar – FMT

2 thoughts on “Tiada Peruntukan Undang-Undang Membolehkan Anwar Ditahan Di Rumah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s