Bekas ADUN DAP Keluar Parti Kerana Tidak Pandai Bodek Pimpinan

dapAIDCNews – 20/9/16 –Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Yap Hoi Liong memilih untuk meninggalkan DAP selepas tawar hati dengan pemimpin parti yang memencilkan individu yang tidak pandai membodek pimpinan.

Yap turut tidak berpuas hati dengan pemimpin parti yang ‘menjatuhkan hukuman’ ke atasnya tanpa membenarkan proses perbicaraan.

Beliau juga pernah bertanya diri sendiri sama ada kekurangan kemahiran mengampu menyebabkan dirinya disisihkan daripada parti.

Katanya, keadaan itu berlaku kerana dirinya tidak menemani pemimpin parti dari Semenanjung yang bertandang ke Sibu.

“Kadang-kala saya ada tugasan di luar Sibu atau ada urusan mahkamah yang perlu diselesaikan sehingga tiada masa untuk menghadiri aktiviti yang dijalankan, tetapi saya telah maklumkan kepada parti,” katanya kepada Sinchew Daily.

Pada Ahad, Borneo Post melaporkan Yap yang juga Penolong Setiausaha DAP negeri telah mengumumkan keluar parti.

Setiausaha DAP negeri, Alan Ling mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Yap yang bertarikh 11 Sept dan salinan surat itu telah dihantar kepada pengerusi DAP Chong Chieng Jen dan DAP ibu pejabat di Kuala Lumpur.

“Saya mengesahkan telah menerima surat tersebut. DAP Sarawak akan membincangkan perkara itu untuk keputusan bersama. Saya tidak boleh ulas lanjut sekarang.

“Sudah tentu, saya berasa kesal dan terkejut dengan peletakan jawatan itu, tetapi secara formaliti saya menerima surat yang ditujukan kepada saya dan telah memaklumkan kepada pengerusi negeri dengan sewajarnya,” katanya.

Yap menyertai DAP kurang daripada satu dekad yang lalu.

Sebelum menjadi ADUN Dudong, beliau adalah pembantu khas kepada mendiang Wong Ho Leng (bekas Pengerusi DAP Sarawak), yang ketika itu merupakan ADUN Bukit Assek.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s