Temasek Rugi RM73 Bilion, Mana WSJ ?

temasikSINGAPURA – Komuniti perniagaan antarabangsa gempar apabila sayap pelaburan milik pemerintah Singapura, Temasek Holdings dilaporkan rugi sebanyak S$24 bilion (kira-kira RM72.9 bilion).

Kerugian memalukan itu dilaporkan akhbar ternama tempatan, Straits Times (ST) pada Isnin, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai kelemahan urus tadbir selain campur tangan politik berlebihan terhadap Temasek selama ini.

Ironi, akhbar berpengaruh Amerika Syarikat pro-Zionis, Wall Street Journal (WSJ) yang ‘kecoh’ hentam sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1MDB sepanjang tahun lalu, sebaliknya ‘senyap’ macam tiada apa-apa berlaku pula!

Walhal sejak ditubuhkan pada 1974 dan mengawal 10 buah syarikat milik kerajaan (GLC) republik tersebut, jumlah kerugian dicatatkan Temasek itu jauh lebih teruk daripada 1MDB; yang kini mula menunjukkan pemulihan ketara.

ST dalam laporannya itu mendedahkan kerugian dicatatkan menerusi laporan tahun kewangan berakhir atau FY2016 bertarikh 31 Mac lalu daripada hanya S$242 bilion (RM735 bilion) kepada S$266 bilion (RM808 bilion).

Ia turut menyebabkan sayap pelaburan negara, Dana Caruman Berpusat (CPF); seumpama KWSP di Malaysia – melaporkan kerugian 9.02 peratus dan itupun hanya diumumkan lewat tiga bulan kemudian iaitu pada 7 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Temasek, Ho Ching, yang juga isteri Perdana Menteri, Lee Hsien Loong; enggan memberi komen susulan prestasi terburuk di sebalik laporan tahunan Temasek pula ‘menyalahkan’ pasaran tidak menentu!

Meskipun beliau cuba mengelak bertanggungjawab atas kerugian itu, pengarah urusan kanan Temasek, Michael Buchaman memikul tanggungjawab itu dan meminta rakyat Singapura bersedia dengan nilai perolehan rendah.

“Pasaran ekuiti di seluruh dunia masih lagi goyah dalam jangka waktu pendek dan sederhana. Banyak berlaku ketidaktentuan akibat kesan krisis kewangan global sekali gus mengurangkan pulangan pelaburan,” dalihnya.

Ramai warga Singapura sudah jangka ada sesuatu tidak kena dengan Temasek apabila CPF buat julung kali dalam sejarah menunda pengumuman rasmi laporan tahunan yang lazimnya dilakukan sebelum 1 Julai setiap tahun.

Rakyat republik pulau kecil itu dilarang keras mengeluarkan caruman dalam CPF hingga amaun tabungan persaraan mereka mencapai kadar minimum ditetapkan atau jika meninggal dunia lebih awal daripada usia persaraan wajib.

Ini menyebabkan majoriti penduduk Singapura terpaksa bekerja selepas bersara waima berusia lanjut akibat gagal mengeluarkan caruman CPF ekoran simpanan kurang cukup disebabkan kadar faedah rendah dijana agensi itu.

Kadar rendah CPF sebanyak 2.5 peratus kepada pemegang akaun mereka berpunca daripada tindakan Temasek meminjamkan dana agensi itu pada kadar faedah yang sama rendah konon untuk melabur dalam sektor mewah.

Lebih teruk lagi, Temasek terpaksa tampung jurang perolehan untuk menunjukkan ada keuntungan rizab negara. Lucunya, tiada sesiapa pun tahu berapakah jumlah rizab republik itu selama ini waima presiden Singapura sendiri!

Ini berbeza jirannya yang begitu telus apabila gabenor Bank Negara Malaysia setiap suku tahun mengumumkan rizab negara yang kini mencatatkan angka RM400 bilion setakat 1 Julai lalu; antara kadar paling tinggi di dunia.

Untuk rekod, hutang Malaysia pada tarikh berkenaan masih 54 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu lebih baik berbanding Singapura sendiri yang mencecah 90 peratus daripada KDNK republik tersebut.

Ramai mengkritik Ho Ching dan suaminya kerana mengamalkan nepotisme dalam urus tadbir, tetapi lazimnya sesiapa berbuat demikian secara terbuka boleh disaman konon cuba buat fitnah jahat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Advertisements

2 thoughts on “Temasek Rugi RM73 Bilion, Mana WSJ ?

  1. Shah,

    Umpat keji dan caci maki kebencian boleh di elakan atau di kurangkan kalau kita bersikap ‘biasa’ saja,elakan galmour ,terlalu bergaya atau kelihatan hidung tinggi.Insyaalah ramai orang suka dan memberi sokongan jika menghadapi masalah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s