Wan Azizah Terlalu Sensitif Bila Khairy Jumpa Mohd Saiful

AIDCNews – 20/9/16 – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat terlalu sensitif apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berjumpa dengan mangsa liwat Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Khairy akui jumpa Saiful Bukhari sebagaimana bosnya, Najib jumpa penuduh sejurus sebelum DSAI didakwa..hebatnya permainan dunia..,” kata Wan Azizah dalam Facebook hari ini.

Wan Azizah berkata demikian ketika mengulas pengakuan Khairy berjumpa dengan Mohd Saiful, ketika disoal peguam Anwar J.Leela dan Latheefa Koya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam dalam pembelaan tuntutan saman RM100 juta Anwar terhadapnya.

Khairy dilaporkan The Star berkata beliau tidak ingat jika bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah berkongsi apa-apa fakta berkenaan kes liwat II apabila bertemu dengannya.

“Saya tidak ingat keadaan tetapi saya telah berjumpa dengannya (Saiful),” kata Khairy.

Ujar Khairy, ucapannya sewaktu melancarkan jentera pilihan raya Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai termasuk frasa ‘main belakang’, tiada kaitan dengan konotasi seksual Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa perkataan itu boleh mempunyai makna yang lain seperti tikam belakang, dikhianati atau dimainkan.

“Sama sekali tidak. Parti-parti politik tidak boleh melakukan hubungan seks. Ia hanyalah metafora,” katanya, apabila soalan itu diajukan kepadanya oleh peguam Anwar, J Leela semasa pemeriksaan balas.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy bagi memohon ganti rugi RM100 juta dengan mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 20 Feb 2008.

Saman Anwar berdasarkan salah satu ucapan Khairy seperti berikut:

“Tapi pembangkang ini saudara-mara mungkin Datuk Norza tahu istilah ini pembangkang ini dia kahwin muta’ah… Kahwin muta’ah ini saudara-saudara, mazhab Syiah dia mangamalkan kahwin muta’ah. Dia kahwin satu malam, dia main malam tu, esok hari dia cerai, untuk menghalalkan maksiat.

“Parti pembangkang ini dia kahwin muta’ah… dia kahwin PAS main DAP ikut kiri, DAP main PAS ikut kanan, Anwar main dua-dua ikut belakang… lepas tu… bila kalah dia cerai.

“Ini bukan untuk masa depan kita saudara-saudara…”

anwar-saiful

Pertemuan Khairy dengan mangsa liwat itu bukan sesuatu yang pelik kerana sebelum Mohd Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, dia telah berjumpa dengan dua individu iaitu Ezam Mohd Nor (bekas Setiausaha Politik Anwar) dan Muhamad Rahimi Osman (bekas Setiausaha Sulit Anwar).

Nama Ezam dan Rahimi telah disebut dalam mahkamah kerana kedua-kedua individu itu dilaporkan dikaitkan secara langsung dengan kes liwat tersebut, namun semasa pembelaan, Anwar tidak memanggil kedua-dua saksi itu.

Dalam pengakuan bersumpah Rahimi, dia menceritakan secara terperinci berkenaan pertemuan tersebut :

Pada 25 Jun 2008, Saiful telah menelefon saya dan berjumpa dengan saya pada waktu tengahari. Dia mengatakan bahawa DSAI meminta beliau untuk pergi ke kondo sekarang.

Saiful amat pasti bahawa DSAI ingin meliwatnya lagi sebab itu kebiasaannya apa yang berlaku. Saiful mula rasa takut dan tidak tentu hala. Setelah berborak dan berbincang, Saiful mengambil keputusan untuk pergi sahaja ke kondo tersebut, kerana jika dia tidak pergi DSAI akan mula mengesyaki sesuatu. Atas dasar keselamatan diri. Saiful nekad pergi ke kondo tersebut.

Malam tersebut, Saiful berjumpa saya dan menceritakan bahawa ada kesan air mani DSAI di dalam badannya. Dia mahukan satu jalan untuk bertindak kerana bukti masih ada.

Saya cuba untuk mencari jalan yang terbaik dan meminta pandangan ketiga. Keesokannya, saya membawa Saiful berjumpa dengan Sdr Ezam Md Noor.

Saiful pada ketika itu masih tidak mandi dan tidak membuang air besar kerana mahu menyimpan apa-apa bukti yang boleh didapati di badannya.

Sdr Ezam menasihati Saiful untuk membuat pemeriksaan kesihatan dahulu untuk mendapatkan repot kukuh bukti yang ada di badan. Kemudiannya berjumpa dengan alim ulama untuk mendapatkan nasihat.

Keesokan harinya, Saiful telah pergi ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Oleh kerana Pusrawi tidak dapat menjalankan pemeriksaan lengkap, Saiful terpaksa pergi ke Hospital Kuala Lumpur.

Sejak dari itu, saya gagal menghubungi Saiful sehingga tiba-tiba kami mendengar khabar satu laporan polis telah dibuat oleh Saiful.

Saya dan Sdr Ezam sendiri terkejut mengenai perkara tersebut.

Selanjutnya, sila baca “pengakuan bersumpah Muhamad Rahimi Osman

Advertisements

One thought on “Wan Azizah Terlalu Sensitif Bila Khairy Jumpa Mohd Saiful

  1. Walau apapun liwat I dan II mmg berlaku dan tidak boleh dinafikan. Tun M sendiri tahu lebih awal. Dia sendiri ada simpan bukti termasuk saksi, adik Azmin pun ada. Malah buku 40 dalil pun hasil tulisan org kuat Tun M sendiri. Dan jgn lupa semua AG kes liwat II Ghani Patail org siapa? Isu agama, maki sultan, fitnah PM dan isteri dia boleh buat derk tp kes liwat terus proceed. Lagi satu siapa yg fund Perkasa yg gigih bela Saiful? Macam org nyanyuk DSWA ni.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s