Bebas Anwar Atas Hujah Apa ? Soal TIBAI

tibaiAIDCNews – 21/9/16 –Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong mempertikaikan hujah untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara selama lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukahri Azlan.

Menurutnya, pemenjaraan Anwar melalui proses undang-undang di negara ini, dari Mahkamah Tinggi, Rayuan hingga ke peringkat mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan.

“Kerana ini melalui proses kehakiman, sekiranya nak bebaskan (Anwar) apa alasan konkrit boleh dibebaskan, bukan hanya sebut sahaja,”kata Ng yang juga salah seorang orang kuat TIBAI (Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim).

Katanya, peluang kebebasan Anwar hanya tinggal satu sahaja iaitu pengampunan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), namun Ketua Umum PKR itu enggan memohonnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sokongan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersama-sama dengan agenda PKR membebaskan Anwar Ibrahim.

Tambahnya berdasarkan isyarat yang ditunjukkan Muhyiddin itu, dijangkakan PPBM bukan menjadi parti dominan dalam Pakatan Harapan (PH) dan parti baharu itu sekadar menjadi salah satu cabang kepada PKR.

“Walaupun sekarang dia (Muhyiddin) nak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, kita jangka (selepas ini) dia akan ikut sama dengan agenda Pakatan Harapan atau lebih khusus dengan PKR,”katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s