DAP Bersedia Pertandingan 3 Penjuru Di Selangor, Kata Tony Pua

AIDCNews – 21/9/16 – Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menegaskan partinya tidak mengadakan perbincangan dengan PAS dan bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru di negeri itu.

“Tiada perbincangan di antara DAP dengan PAS tentang (agihan) kerusi,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ketika ditanya lanjut jika tiada perbincangan dengan PAS, maka akan berlaku pertandingan tiga penjuru di antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional (BN) dan PAS, Pua menjawab partinya tidak kisah jika perkara seperti itu berlaku.

“Itu perkara yang akan diselesaikan kemudian. Kalau tiga penjuru, tiga penjurulah,” katanya

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan turut menolak andaian yang mengatakan pertandingan tiga penjuru hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

“Mungkin tidak,” jawab Pua ringkas.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menolak saranan mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu dengan alasan menghormati mandat rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor selama lima tahun, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Tidak perlu sebab mandat yang diberi rakyat Selangor pada 2013 amat besar, dan mandat itu diberi untuk tempoh lima tahun. Saya tak boleh mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat dalam PRU lepas.

“Tidak ada keperluan adakan PRN Selangor kerana mandat itu kuat dan kukuh,” kata Azmin.

Walau bagaimana pun alasan ‘menghormati mandat rakyat’ yang digunakan Azmin itu sekadar alasan politik, sebaliknya masalah sebenar yang dihadapi pemerintah negeri itu adalah agihan kerusi, dedah Malaysiakini.

Sumber PKR, menurut beberapa laporan berita, menunjukkan masalah agihan kerusi sebagai antara sebab di sebalik keengganan Timbalan Presiden mereka tidak mahu mengadakan pilihan raya awal, lapor portal itu.

Ini berikutan ‘kematian’ Pakatan Rakyat, dan penubuhan Pakatan Harapan tanpa PAS.

Pada masa ini, kerajaan Selangor juga diwakili oleh ADUN dari kedua-dua parti PAS dan parti serpihannya PAN yang masih lagi bertelagah dan ini menjadikan rundingan agihan kerusi semakin mencabar.

Memburukkan masalah ini adalah kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mungkin mahu bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Berdasarkan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PKR tahu jika ada pertandingan tiga penjuru, BN akan muncul sebagai pemenang,” kata sumber yang dipetik oleh akhbar Oriental Daily News.

“Oleh itu, PKR berharap hanya akan ada pertandingan satu lawan satu.

“Dengan rundingan kerusi belum dijalankanan, bagaimana kita mahu membuat persediaan untuk pilihan raya semula?” soal sumber itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s