DAP Selangor Tetap Mahu Pilihan Raya Awal, Kata Tony Pua

KUALA LUMPUR: DAP Selangor dalam mesyuarat tergemparnya semalam bersetuju mahu kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal bagi memintas persempadanan semula kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Lebih baik jika Pakatan Harapan melaksanakan pilihan raya negeri sebelum persempadanan kawasan diluluskan,” kata Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pada sidang media ibu pejabat DAP hari ini.

“Ini adalah keputusan kita tetapi keputusan akhir biarlah kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan putuskan.”

Cadangan persempadanan semula SPR melibatkan 128 kawasan Parlimen, dan boleh dibantah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kelompok 100 orang, sebelum 15 Oktober.

Bimbang dengan usul itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mencadangkan kerajaan Selangor mengadakan pilihan raya mengejut supaya tidak perlu menggunakan peta pilihan raya baharu, yang dianggapnya usaha “mencuri” kemenangan pilihan raya umum akan datang bagi pihak Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, cadangan Kit Siang ditolak Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

DAP Selangor menganggarkan 7 kerusi DUN di negeri itu bakal terlepas kepada BN sekiranya usul persempadanan semula kawasan seperti dicadangkan SPR diluluskan.

Kerusi tersebut termasuk Sabak, Hulu Kelang, Sementa, Selat Kelang, Pelabuhan Kelang, Sijangkang and Morib.

BN di Selangor tewas pada pilihan raya umum 2008 dan sekali lagi gagal menawan kembali negeri terkaya di Malaysia itu pada 2013, dengan hanya menerima 12 kerusi diwakili Umno. PRU akan datang perlu diadakan pada 2018.

Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, berkata tidak timbul isu mandat rakyat belum tamat.

“Saya percaya pengundi di luar sana akan terus memberikan mandat menerusi pilihan raya negeri yang tidak dimanipulasi,” katanya.

Pua mengakui sebarang keputusan pilihan raya awal di Selangor perlu mendapatkan perkenan Sultan.

“Sudah tentu Sultan Selangor akan memberi keputusannya, tetapi dari sudut perspektif politik kita harus membuat keputusan sama ada mahu lakukan pilihan raya atau tidak.

“Tidak boleh bergantung pada tarikh yang akan ditentukan oleh Datuk Seri Najib Razak sahaja,” katanya – FMT

4 thoughts on “DAP Selangor Tetap Mahu Pilihan Raya Awal, Kata Tony Pua

  1. DAP hanya mahu kuasai kerajaan negeri Selangor. Persempadanan hanya alasan. Kekuatan BN tak cukup utk menang. Ini lebih pd perancangan menghapuskan pengaruh PAS dlm Pakatan yg lebih bahaya dari BN yg hanya berada di luar Pakatan. DAP sudah letak PAN sebagai cawangan Melayu mereka.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s