Peguam Negara Dapat Kebenaran Untuk Prosiding Guan Eng Menghina Mahkamah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberikan kebenaran kepada Peguam Negara untuk meneruskan prosiding komital terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk memenjarakannya atas kesalahan menghina mahkamah.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan yang dikemukakan secara ex-parte (sebelah pihak) itu setelah Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh menghadiri pengurusan kes itu di kamar hakim di sini.

Saman pemula itu atas kapasiti Peguam Negara difailkan pada 18 Ogos lalu berhubung kenyataan di media cetak dan media sosial yang menyentuh tentang pendakwaan terhadapnya atas pertuduhan rasuah.

Kenyataan tersebut didakwa dibuat oleh Guan Eng yang mengetahui ia akan menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah di negara ini. Utusan Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s