A. Kadir Jasin Dedah Tun Mahathir ‘Dirasuah’ Jet Peribadi

tun-mMy Nation News – Penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad, A. Kadir Jasin hari ini mendedahkan Dr Mahathir menggunakan jet peribadi milik ahli perniagaan ketika menjawat jawatan Perdana Menteri.

Melalui satu artikel di blognya, A. Kadir menulis:

“Ahad lalu beliau menceritakan bagaimana beliau terpaksa menyewa pesawat eksekutif untuk terbang ke Alor Setar bagi menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana kesuntukan masa.

Beberapa jam sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit, Kedah, beliau merasmikan mesyuarat agung Perkim di Kuala Lumpur.

Kata beliau, kawan-kawan yang ketika beliau menjadi Perdana Menteri dulu berlumba-lumba meminjamkan pesawat peribadi mereka, telah menghilangkan diri. Mereka takut dilihat bersama beliau.”

http://kadirjasin.blogspot.my/2016/09/cacian-kukuhkan-azam-dan-iltizam-dr.html

Penganalisa politik tempatan dikenali sebagai Lim Sian See dalam satu status di dalam Facebook miliknya menggesa pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap pendedahan ini.

“Nak tanya jika kawan-kawan ini ada buat kaitan perdagangan dengan kerajaan pada masa itu, tak?

“Terima kasih diucap kepada A Kadir Jasin di atas jasa baik untuk membongkarkan rahsia rasuah ini,” tulis Sian See.

“Juga, A Kadir Jasin mendedahkan kepada dunia betapa lemahnya kedudukan Dr Mahathir. Ahli perniagaan tidak bodoh dan tahu siapa yang menang dan siapa yang kalah,” tulisnya.

Ia dipercayai merujuk kepada cubaan Dr Mahathir menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan pelbagai muslihat termasuk terkini, menyerahkan Deklarasi Rakyat namun ditolak Yang Di-Pertuan Agong yang mendapati ia bertentangan dengan Perlembagan Persekutuan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s